ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  NORDSON MEMPERKENALKAN ALAT KAWALAN PENYALUTAN SERBUK ENCORE® ENGAGE DI FABTECH

Monday 11/11/2019



Satu Pengalaman Pengguna Intuitif, Tafsir Semula


AMHERST, Ohio, 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Nordson Industrial Coating System, sebuah syarikat Nordson (NASDAQ: NDSN) dan pembekal terkemuka bagi peralatan untuk penggunaan tepat bagi penyelesaian penyalutan perindustrian, memperkenalkan Encore® Engage, alat kawalan penyalutan serbuk mereka yang terbaharu. Teknologi alat kawalan penyalutan serbuk Nordson generasi akan datang ini menjanjikan untuk menyampaikan kawalan yang mudah dan intuitif untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti yang maksimum.

Encore Engage menyediakan kepada pelanggan dengan kejelasan dan keyakinan dalam setiap langkah bagi proses penyalutan serbuk. “Dari peringkat awal lagi, kami mereka bentuk Encore Engage dengan mengambil kira penyalut serbuk, membina dengan menggunakan maklum balas pelanggan dan menjadikan pengalaman pengguna sebagai  keutamaan kami,” kata Stephen Lovass, Naib Presiden Eksekutif, Nordson Industrial Coatings Systems.

Dengan memaparkan sebuah skrin sentuh 15-inci yang mudah untuk difahami dengan grafik moden dan navigasi intuitif yang berpacukan simbol, Encore Engage membantu pengendali meningkatkan pengetahuan proses dan menjadi penyalut serbuk yang pakar. Di samping itu, satu resipi berpandu menyediakan navigasi langkah demi langkah dengan pilihan praset untuk membantu pengendali dengan yakin mencipta resipi baharu. Tutorial video dan arahan berpandu memberikan keterlihatan yang lebih besar kepada maklumat penting dan memberikan sokongan tambahan untuk tugasan kritikal. Bagi pengendali di seluruh dunia, Encore Engage termasuk beberapa pilihan bahasa skrin untuk menghapuskan tekaan dan ketidakpastian.

Nordson mempunyai sejarah selama 65 tahun dalam membuat pembaharuan untuk membantu pelanggan menjadi lebih berdaya saing dan menghasilkan produk yang lebih baik. Encore Engage adalah satu lagi contoh bagi inovasi itu, yang berhubung kepada platform bersambung pintar Nordson Wisdom™, sebuah penyelesaian IIoT yang membawa pelanggan penyalutan serbuk ke dalam era Industri 4.0. Encore Engage dan platform bersambung pintar Wisdom menggabungkan perkakasan, kawalan, kepakaran aplikasi dan sokongan medan Nordson yang terbukti untuk membantu pelanggan memperbaiki proses pembuatan mereka.

Lovass berkata, “Alat kawalan Encore Engage kami memberi kuasa kepada pengendali penyalutan serbuk untuk menjadi pakar dalam apa yang mereka lakukan. Kami berikan kepada penyalut serbuk bukan sahaja sebuah alat kawalan yang mereka dapat menikmati menggunakannya, tetapi juga sebuah alat yang membuat mereka merasa yakin dalam cara mereka melakukan kerja mereka.”

Untuk maklumat lanjut mengenai alat kawalan penggunaan serbuk Encore Engage, sila layari www.nordsoncoating.com/engage.

Demonstrasi Encore Engage di FABTECH 2019, petak B13018

Maklumat mengenai Nordson Industrial Coating Systems

Nordson Industrial Coating Systems (ICS) mereka bentuk dan mengeluarkan peralatan ketepatan untuk aplikasi dan pengawetan serbuk, cat, cecair, pelekat dan bahan kedap. ICS mempunyai kemudahan makmal dan pembuatan di Amerika Utara, Eropah dan Asia untuk menyokong pangkalan pelanggan global kami merentasi pelbagai pasaran termasuk pasaran automotif, aeroangkasa, elektronik, pertanian dan pembinaan, perkakas, perabot, minuman dan industri lain. Nordson ICS, Prestasi mengikut Reka Bentuk. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.nordson.com/industrial-coating-systems.

Maklumat mengenai Nordson Corporation

Nordson Corporation (Nasdaq: NDSN), mereka, menghasil dan memasarkan produk dan sistem yang berbeza yang digunakan untuk pendispesan ketepatan dan pemprosesan bagi pelekatpenyalutan, polimer dan plastikbahan kedap, biobahan, dan bahan-bahan lain dan untuk pengurusan cecairujian dan pemeriksaan, pengawetan UV, dan rawatan permukaan plasma, kesemuanya disokong oleh kepakaran aplikasi dan jualan dan perkhidmatan global langsung. Nordson memberi perkhidmatan kepada pelbagai jenis pasaran pengguna yang tak tahan lama, tahan lama, dan teknologi akhir termasuk pembungkusan, tak tenun, elektronik, perubatan, peralatan, tenaga, pengangkutan, pembinaan, dan pemasangan dan kemasan produk am. Ditubuhkan pada tahun 1954 dan beribu pejabat di Westlake, Ohio, syarikat itu mempunyai pejabat operasi dan sokongan di lebih daripada 30 buah negara.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191110005055/en/

Hubungi

Christina Mahlenkamp
+1.440.414.5186
Christina.Mahlenkamp@nordson.com

Sumber : Nordson Industrial Coating Systems

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.