ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  PENCIPTA BERSAMA BLOK RANTAI ABEY DR. CIPRIAN PUNGILA MENYAMPAIKAN UCAP UTAMA PADA HARI PEMBUKAAN SIDANG KEMUNCAK BLOK RANTAI MALTA 2019

Tuesday 12/11/2019



Dr. Ciprian Pungila of the aBey Foundation delivers the keynote address on the opening day of the Malta Blockchain Summit 2019. (Photo: Business Wire)
Dr. Ciprian Pungila dari Yayasan aBey menyampaikan ucap utama pada hari pembukaan bagi Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta 2019. (Foto: Business Wire)

VADUZ, Lichtenstein, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan aBey hari ini mengeluarkan teks lengkap dan video berhubung ucap utama Dr. Ciprian Pungila semasa sesi pembukaan Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta 2019. Dr. Pungila adalah pencipta bersama bagi teknologi blok rantai aBey dan bertindak sebagai ketua saintis bagi Yayasan aBey, sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan. Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta berlangsung pada 7 dan 8 November.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191111005464/en/

Ucapan Dr. Pungila menyentuh mengenai kekuasaan teknologi melalui blok rantai yang berprestasi tinggi. Memperkenalkan cara-cara yang berinovatif untuk memberi kuasa kepada blok rantai melalui seni bina heterogen dan pengiraan yang berprestasi tinggi, satu topik penting di dalam perbincangan yang diliputi oleh Dr. Pungila dalam apa yang beliau nyatakan sebagai “urus niaga runcit berasaskan prestasi.”

Dr. Pungila mengkaji semula fakta-fakta utama mengenai blok rantai aBey, dengan mengatakan “aBey mula diketahui umum pada Julai 2018, dan menjelang ulang tahun pertama blok rantai itu telah mengumpulkan lebih daripada 100,000 pengguna aktif.” Kadar pertumbuhan aBey melebihi pertumbuhan awal Bitcoin dengan faktor lebih daripada lapan kali ganda.

Dr. Pungila meneruskan, “Ciri-ciri blok rantai aBey termasuk sokongan untuk mempercepatkan volum urus niaga yang sangat tinggi, urus niaga yang boleh dikembalikan (yang pertama di dunia), pinjaman intrinsik, termasuk pinjaman serta-merta dengan pemeriksaan pematuhan segera dengan menggunakan Gerbang Pinjaman Kekubah (yang pertama di dunia), sokongan untuk rujukan pemasaran ahli gabungan dan pembayaran komisen dengan menggunakan Gerbang Pembayaran Dipercayai (yang pertama di dunia), pemprosesan pembayaran di rantaian dan satu pendekatan berbilang lapisan untuk e-dagang, sekali gus menjadikan aBey sebuah blok rantai hibrid yang kompleks dari segi saling boleh kendali. Nama akaun pilihan yang boleh menggantikan nombor kriptik yang panjang adalah intrinsik kepada aBey dan bukannya satu perkhidmatan berbayar seperti dengan blok rantai yang lain, dan ini meningkatkan penemuan pengguna dengan ketara bagi pengguna tanpa izin yang lain di dalam rangkaian mereka.”

Satu plugin WordPress yang kaya, aBeyWPP, akan dikeluarkan pada tahun 2020, dengan membawa kefungsian status klik-untuk-beli dan urus niaga kepada lebih daripada 75 juta laman web. Selain itu, Yayasan aBey mengesahkan dan menawarkan bantuan untuk usaha penyelidikan yang aktif dan berterusan yang menyokong pembangunan blok rantai aBey, dengan beberapa daripada penyelidikan itu telah diterbitkan oleh penerbit antarabangsa berprestij seperti Springer International.

Sebagai sebuah pengguna awal dan pemegang lesen, pemproses pembayaran dalam talian yang bervolum tinggi aPay Systems dari Malta mempunyai bahagian-bahagian bersepadu bagi komponen teras aBey sebagai penyokong bawah teknikal aPay. Ketua Pegawai Eksekutif aPay, Philipp Sauerborn berkata, “Sebagai sebuah pemproses pembayaran yang bertumpukan blok rantai yang mengendalikan jumlah urus niaga yang sangat tinggi bagi setiap saat, pengguna B2B dan B2C kami menuntut penyelesaian urus niaga yang pantas. Menggunakan teknologi aBey kami dapat memenuhi dan melebihi jangkaan mereka. Sebelum kami melesenkan dan menggabungkan teknologi aBey ke dalam sistem kami sendiri, urus niaga yang ditulis kepada blok rantai yang lain memerlukan beberapa minit, bahkan sehingga beberapa jam untuk disiapkan. Kini, dengan memaksimumkan blok rantai aBey, kami biasanya dapat melengkapkan setiap urus niaga dalam tempoh masa beberapa milisaat sahaja. Tidak ada blok rantai yang lain yang dapat menyampaikan kelajuan dan kelenturan seperti itu, yang sangat dituntut oleh perniagaan dan pengguna.”

Di Sidang Kemuncak Blok Rantai Malta 2019, aPay Systems menunjukkan cara bagaimana untuk melaksanakan urus niaga langsung daripada blok rantai aPay untuk menyimpan nilai akaun kad China UnionPay, Visa dan MasterCard, dengan bacaan dan menulis dilaksanakan dalam pecahan masa saat, kesemuanya disokong oleh teknologi blok rantai aBey.

“ABey telah direka dan dibina untuk berdiri di antara blok rantai sumber terbuka yang paling pantas dan paling fleksibel di dunia, dan pada masa yang sama menyediakan penyelesaian ketara untuk kes-kes penggunaan e-dagang harian yang lazim, satu konsep yang tidak ada platform lain pada masa ini melaksanakannya secara semula jadi,” kata Dr. Pungila. “Sudah jelas bahawa industri teknologi kewangan telah terganggu oleh agenda bagi industri blok rantai itu. Dan walaupun ia masih belum jelas bagaimana gangguan itu akan mengubah kehidupan atau bagaimana ia akan sebenarnya berubah disebabkan oleh undang-undang di pelbagai negara, saya fikir adalah jelas pada satu ketika di masa hadapan sebahagian besar masyarakat kita akan menerima perubahan ini.”

Teks lengkap dan video sorotan yang diedit bagi ucap utama Dr. Pungila tersedia sekarang, dan boleh dimuat turun dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina Dipermudahkan dari https://we.tl/t-Nyn2ILlzS6

Yayasan aBey yang tidak mencari keuntungan itu, yang berpusat di Lichtenstein, menyediakan tadbir urus untuk blok rantai aBey sumber terbuka percuma.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Sila layari http://abey.com untuk kegunaan komersil, http://abey.org untuk Yayasan itu, dan muat turun kit latar belakang media aBey dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina Dipermudahkan dari https://we.tl/t-Nyn2ILlzS6

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
 https://www.businesswire.com/news/home/20191111005464/en/

Hubungi

Hubungan media:
Simon Cousins, +1 347 850-3360
simon@allegravita.com

Sumber : aBey Foundation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.