ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  AMBANK ISLAMIC DAN AMANAH RAYA BEKERJASAMA TAWAR PENYELESAIAN PERANCANGAN PEWARISAN

Tuesday 12/11/2019



KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic) dan Amanah Raya Berhad telah menandatangani perjanjian kerjasama dalam menawarkan penyelesaian perancangan pewarisan. AmBank Islamic diwakili oleh Eqhwan Mokhzanee, Ketua Pegawai Eksekutif, manakala Amanah Raya Berhad diwakili oleh Pengarah Urusannya, Adenan Md Yusof. Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Dato’ Sulaiman Mohd Tahir dan Pengerusi, Amanah Raya Berhad, Datuk Mohd Nasir Ali.

Kerjasama ini membolehkan para pelanggan Kumpulan AmBank menjalankan perancangan legasi mereka di kesemua cawangan bank Kumpulan AmBank, termasuk pusat ‘AmBank Signature Priority Banking’ di seluruh negara. Perkara ini sejajar dengan strategi AmBank Islamic untuk menawarkan produk dan perkhidmatan pengurusan kekayaan yang lengkap, termasuk pengagihan kekayaan dan pemeliharaan warisan.

"Kami amat berbangga telah menjalin kerjasama dengan Amanah Raya Berhad, sebuah organisasi yang mempunyai lebih dari 90 tahun pengalaman dalam industri perancangan pewarisan menerusi rangkaian kehendak, amanah dan perkhidmatan pengurusan estet. Kami amat berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi Amanah Raya Berhad bagi menawarkan penyelesaian perancangan warisan kepada para pelanggan kami,” kata Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank.

"Sehingga 31 Oktober 2019, AmanahRaya telah mencatatkan lebih dari 1 juta Wasiat dengan kerjasama yang menjangkakan peningkatan yang ketara. AmanahRaya memuji AmBank Islamic dalam memastikan individu kekayaan dan liabiliti diuruskan dengan baik sebagai pusat sehenti untuk Perancangan Pewarisan. Tambahan pula, kerjasama ini akan memberikan manfaat bagi kedua-dua pihak untuk menggabung kepakaran dan infrastruktur rangkaian mereka bagi mempromosikan Perkhidmatan Perancangan Pewarisan,” kata Datuk Mohd Nasir Ali.

Majlis tersebut telah diadakan di Bangunan AmBank Group dan dihadiri oleh pengurusan kanan AmBank Islamic dan Amanah Raya Berhad. Kerjasama ini dijangkakan memberi manfaat kepada pelanggan dan membuka lebih banyak peluang bagi kedua-dua agensi untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai dan mempelbagaikan lagi jangkauan pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk tersebut, sila lawati https://ambank.com.my  atau platform media sosial kami.

About AmBank Group:
 
AmBank Group is a leading financial services group with over 40 years of expertise in supporting the economic development of Malaysia. We have over three million customers and employ over 9,000 people.
 
The Group was listed on the Main Market of Bursa Malaysia in 1988. It is the sixth-largest banking group by assets in Malaysia, with a market capitalisation of around RM13.7 billion and assets of RM158.8 billion as at 31 March 2019.
 
AmBank Group serves over three million individual and corporate customers. It provides services in wholesale banking, retail banking, business banking, investment banking and related financial services which include Islamic banking, underwriting of general insurance, stock and share broking, futures broking, investment advisory and management services in assets, real estate investment trust and unit trusts.
 
For more information, please visit ambankgroup.com 
 
About Amanah Raya Berhad:

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), was established on 1 May 1921 as the Department of Public Trustee and Official Administrator. Subsequently, the Department was corporatized on 29 May 1995 and commenced its operation as Amanah Raya Berhad on 1 August 1995.
As the premier trust company, with 21 branches nationwide, AmanahRaya provides a one stop Legacy Management Service which encompass Will-Writing, Custodianship, Estate Administration and Trust Services.

SUMBER: AmBank Group

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
AmBank Group
Nama: Syed Anuar Syed Ali
Executive Vice President
Group Corporate Communications and Marketing 
Tel: 03-2036 1703 
Emel: sasa@ambankgroup.com

Amanah Raya Berhad 

Nama: Nik Salina Nik Idris
Head, Group Marketing & Communications Division
Tel:03-2055 7488 
Fax:03-2072 1434
Emel: niksalina@arb.com.my​


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.