ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  GA-ASI AKAN MENJALANKAN SIRI DEMONSTRASI KEUPAYAAN DI EROPAH

Tuesday 12/11/2019



“We appreciate the Hellenic Air Force’s support in helping showcase the maritime surveillance and civil airspace integration capabilities of our unmanned aircraft in Europe.” - Linden Blue, CEO, GA-ASI. (Photo: Business Wire)
“Kami menghargai sokongan Hellenic Air Force dalam membantu mempamerkan keupayaan pemantauan maritim dan integrasi ruang udara awam bagi pesawat tanpa juruterbang kami di Eropah.” - Linden Blue, Ketua Pegawai Eksekutif, GA-ASI. (Foto: Business Wire)


Bekerjasama dengan HAF untuk Mempamerkan Pemantauan Maritim dan Integrasi Ruang Udara bagi RPA

SAN DIEGO & LARISSA AIR BASE, Greece, 12 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- General Atomics Aeronautical Systems, Inc. (GA-ASI), sebuah pemimpin dunia di dalam  Pesawat Terbang Kawalan Jauh (RPA), hari ini mengumumkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Hellenic Air Force (HAF) di Greece untuk mengadakan satu siri penerbangan demonstrasi bagi negara-negara Eropah pada Disember. Penerbangan akan berpusat di tapak HAF di Larissa dan menggunakan sebuah RPA GA-ASI MQ-9 Guardian untuk mempamerkan keupayaan pemantauan maritim, serta sebuah sistem Kesan dan Elak (DAA) yang dibangunkan oleh GA-ASI yang membolehkan RPA untuk terbang dengan selamat dalam ruang udara awam di sisi pesawat yang dikendalikan juruterbang.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191111005503/en/
 
“Kami menghargai sokongan HAF dalam membantu mempamerkan keupayaan pemantauan maritim dan integrasi ruang udara awam bagi pesawat-pesawat tanpa juruterbang kami di Eropah,” kata Linden Blue, Ketua Pegawai Eksekutif, GA-ASI. “Permintaan bagi pemantauan udara yang berpatutan dan ketahanan lama di laut yang mengelilingi Eropah semakin meningkat.”

Konfigurasi demonstrasi adalah didasarkan kepada sistem MQ-9 yang dikendalikan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat, yang menyokong peranan pemantauan maritim mereka.

Sistem DAA itu terdiri daripada sebuah radar udara ke udara dan pemproses yang disepadukan dengan Sistem Amaran Trafik dan Pengelakan Pelanggaran (TCAS II) dan Penyiaran Pemantauan Tanggungan Automatik (ADS-B). Sistem DAA dari GA-ASI itu beroperasi di Amerika Syarikat. Radar pengelakan pelanggaran bagi sistem itu menyediakan satu ciri keselamatan penting untuk mengintegrasikan pesawat tanpa juruterbang ke dalam ruang udara awam.

Sistem MQ-9 itu akan juga menunjukkan sebuah radar pencarian permukaan maritim berbilang mod dengan mod Radar Apertur Sintetik Songsang (ISAR), sebuah penerima Sistem Pengenalan Automatik (AIS), dan sensor Video Gerakan Penuh/Berdefinisi Tinggi yang dilengkapi dengan kamera optik dan inframerah. Suite sensor ini membolehkan pengesanan tepat masa dan pengenalan kapal permukaan pada jarak lebih beribu-ribu batu nautika persegi.

Sistem radar pencarian permukaan Raytheon SeaVue yang dipaparkan menyediakan pengesanan automatik bagi sasaran maritim dan korelasi bagi pemancar AIS dengan pengesanan radar.

GA-ASI juga bekerjasama dengan SES, sebuah pengendali komunikasi satelit (SATCOM) terkemuka dan penyedia perkhidmatan terurus, dengan lebih 70 satelit di Orbit Geopegun (GEO) dan Orbit Bumi Pertengahan (MEO). SES akan menyediakan kesambungan satelit GEO yang membolehkan MQ-9 untuk beroperasi secara selamat dengan pautan data berkapasiti tinggi, yang membolehkan penghantaran tepat masa bagi data sensor dari pesawat, dan memperluaskan julat operasi efektif mereka jauh melebihi pautan data “garis tampak.”

“Dengan armada satelit global kami, SES telah menyokong keperluan kritikal bagi GA-ASI dan pelanggan-pelanggan kerajaan mereka yang telah mengendalikan pesawat-pesawat ini selama hampir dua dekad,” kata Nicole Robinson, Naib Presiden Kanan, Kerajaan Global di SES Networks. “Kami berbangga untuk menyokong usaha demonstrasi ini bagi Hellenic Air Force sebagai sebahagian daripada hubungan kami yang lama dengan General Atomics.”

Imej-imej beresolusi tinggi bagi MQ-9 Guardian tersedia kepada outlet media yang berkelayakan dari senarai hubungan media GA-ASI dan HAF.

Maklumat mengenai GA-ASI

General Atomics Aeronautical Systems, Inc. (GA-ASI), sebuah ahli gabungan bagi General Atomics, adalah sebuah pereka dan pengeluar utama bagi sistem, radar, dan elektro-optik dan sistem misi yang berkaitan bagi Pesawat Terbang Kawalan Jauh (RPA) yang terbukti dan boleh diharapkan, termasuk siri Predator® RPA dan Radar Berbilang mod Lynx®. Dengan 6 juta jam penerbangan, GA-ASI menyediakan pesawat tahan lama dan mampu melaksanakan misi dengan sensor bersepadu dan sistem pautan data yang diperlukan untuk memberikan penerbangan yang berterusan yang membolehkan kesedaran keadaan dan serangan pantas. Syarikat itu juga menghasilkan pelbagai stesen kawalan darat dan perisian kawalan sensor/analisis imej, menawarkan latihan juruterbang dan perkhidmatan sokongan, dan membangunkan antena meta-bahan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ga-asi.com.

Predator dan Lynx adalah tanda perniagaan berdaftar bagi General Atomics Aeronautical Systems, Inc.


Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191111005503/en/

Hubungi

Robert Walker
General Atomics Aeronautical Systems, Inc.
+1 (858) 524-8101
ASI-MediaRelations@ga-asi.com

Sumber : General Atomics Aeronautical Systems, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.