ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LEDDARTECH BEKERJASAMA DENGAN NAGASE & CO. UNTUK MENDEMONSTRASIKAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF DAN MOBILITI LIDAR TERMASUKLAH LEDDAR PIXELL DI AUTOMOTIVE WORLD 2020 DI TOKYO, JEPUN

Wednesday 08/01/2020



Nagase & Co., Ltd., yang berpangkalan di Jepun, pengedar berlesen untuk LeddarTech, akan membuat pameran di CAR-ELE sebagai sebahagian daripada Automotive World 2020 di Tokyo di Reruai A7-61 di Tokyo Big Sight International Exhibition Center

QUEBEC CITY, 8 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju industri dalam teknologi LiDAR yang menyediakan platform auto dan mobiliti LiDAR, paling serba boleh dan boleh skala, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menyertai rakan kongsi pengedaran Jepun, Nagase & Co., Ltd, di CAR ELE sebagai sebahagian daripada Automotive World 2020 di Tokyo, Jepun dari 15-17 Januari, 2020. Pameran Automotive World menyatukan pelbagai teknologi elektronik automotif, termasuklah komponen, bahan, perisian, kelengkapan pengeluaran, dan teknologi pengujian.  Acara ini menarik pembekal OEM dan Peringkat 1 dari seluruh dunia dan telah menjadi acara yang mesti disertai untuk pakar industri automotif.

“Kami amat teruja untuk mengembangkan lagi hubungan kami dengan LeddarTech di Automotive World 2020,” kata Koichi Kawahito, Pengurus Bahagian bagi bahagian Mobiliti Lanjutan Nagase. En. Kawahito menambah lagi: “Nagase komited kepada pengembangan perniagaan automotifnya dengan mengedarkan komponen dan sistem serta menawarkan perkhidmatan perisian dan reka bentuk untuk sistem bantuan pemanduan lanjutan (ADAS), kenderaan elektrik dan antara muka mesin manusia. Platform mobiliti LiDAR LeddarTech membawakan penawaran LiDAR automotif yang terbeza dan menarik kepada pembekal Peringkat-1 yang melengkapi visi kami dan menyokong kemajuan kreatif dan teknologi kami.”

“LeddarTech komited untuk menyediakan teknologi dan sokongan terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Kami berbangga untuk dikaitkan dengan pengedar yang bereputasi baik seperti Nagase & Co., Ltd. dan teruja untuk menyertai Automotive World pada tahun 2020 buat tahun kedua dengan Nagase,” kata Adrian Pierce, Naib Presiden Jualan Global dan Pembangunan Perniagaan di LeddarTech. Beliau menambah: “Tahun ini, kami menanti-nantikan untuk mempamerkan Leddar™ Pixell yang memenangi anugerah di acara ini.  Penyelesaian kokun LiDAR keadaan pepejal 3D ini direka khusus untuk kenderaan berautonomi seperti kenderaan ulang-alik, teksi robot, komersial dan penghantaran berautonomi ‒ membolehkan keselamatan terbaik dalam kelas melalui pengesanan dan keteguhan yang ditingkatkan,” rumus En. Pierce.

Manfaat Leddar™ Pixell:
  • Pengesanan objek dan VRU boleh diharap
  • Medan pandangan 180° mendatar yang luas
  • Tiada zon mati dalam medan pandangan yang dicahayakan.
  • Ketahanan yang luar biasa
  • Kilat 3D, reka bentuk keadaan pepejal tanpa bahagian yang bergerak
  • Kurungan IP67 dengan tingkap kalis impak dan penyambung gred automotif
Sejak pelancarannya pada September 2019, Leddar Pixell telah membuat pameran di beberapa acara perdagangan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia.

Perihal Nagase
Nagase & Co., Ltd. ialah firma perdagangan bahan kimia, diasaskan di Kyoto, Jepun pada tahun 1832. Nagase Group bermula sebagai ejen jualan khusus yang mendapatkan kontrak eksklusif untuk menjual produk utama industri dari seluruh dunia di Jepun. Selama bertahun-tahun, syarikat ini telah memanfaatkan teknologi dan maklumat untuk mengumpulkan kepakarannya—serta rangkaian globalnya—untuk mentransformasikan perniagaannya kepada model hibrid yang menawarkan pengeluaran, pemprosesan dan fungsi R&D bermutu tinggi serta perkhidmatan syarikat perdagangan. Jabatan Penyelesaian Mobiliti telah menyediakan bahan dan alat ganti berfungsi dalam industri automotif untuk tempoh masa yang lama dan kini berfokus pada menyampaikan teknologi canggih ke dalam pasaran untuk merealisasikan masyarakat mobiliti yang lebih selamat dan lebih selesa.

Maklumat lanjut boleh diakses di www.nagase.co.jp/english

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR Auto dan Mobiliti paling serba boleh dan boleh skala berdasarkan LeddarEngine unik, yang terdiri daripada suit SoC bergred automatif, keselamatan fungsian disahkan yang berfungsi selari dengan perisian pemprosesan isyarat LeddarSP. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh mobiliti canggih, ADAS meningkatkan teknologi yang dipatenkan dan keupayaan memandu berautonomi untuk automobil, trak, bas, kenderaan penghantaran, teksi robot, kenderaan ulang alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com, dan pada LinkedInTwitterFacebook, dan YouTube.

Logo LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP, dan LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama lain, nama produk dan tanda termasuklah BlackBerry, BlackBerry Secure, dan QNX OS for Safety ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Maklumat Hubungan LeddarTech: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi
+1-418-653-9000 samb. 232 | Daniel.Aitken@Leddartech.com

SUMBER: LeddarTech inc.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.