ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PEREKA PAKAIAN KASUAL BANDAR LEGENDA JEFF STAPLE BERGANDINGAN DENGAN OVERWATCH LEAGUE™ UNTUK MEWUJUDKAN KIT ESPORT PERTAMA SEUMPAMANYA

Friday 17/01/2020


(Foto: Business Wire)



Kesemua 20 pasukan dalam Overwatch League dilengkapi dengan kit aksi di tempat sendiri dan kit aksi di tempat lawan mereka yang unik semasa musim 2020, yang dilancarkan pada 8 Februari

IRVINE, Calif., 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Overwatch League™ hari ini mengumumkan kerjasama yang pertama seumpamanya dengan pereka dan penjana pakaian kasual bandar, Jeff Staple, untuk memikirkan semula, mereka bentuk, dan mencipta sebuah kit pemain yang tulen untuk esport. Kit baharu itu, yang direka bersama dengan maklum balas daripada pemain Overwatch League untuk suatu lihat dan rasa yang unik bagi kedua-dua sukan tradisional dan esport, dengan mencirikan fabrik ternaik, penggunaan grafik yang premium, pesak sampingan baharu untuk keselesaan laras dan satu padanan yang dipotong dan dijahit untuk meningkatkan kualiti dan kebolehgunaan semasa permainan. Setiap satu daripada 20 pasukan Overwatch League akan memiliki kit aksi di tempat sendiri dan kit aksi di tempat lawan mereka yang unik semasa musim 2020, yang dilancarkan pada 8 Februari.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200116005551/en/


Staple telah bekerjasama dengan pemain-pemain Overwatch League sepanjang proses mereka bentuk itu untuk memastikan kit itu adalah sebuah pakaian yang selesa dan berfungsi untuk pertandingan, dan pada masa yang sama mengekalkan estetika pengenalan Staple. Kit baharu itu menggunakan fabrik bintik mesh ternaik untuk mewujudkan jersi yang ringan dan lut udara untuk mengimbangi dan mengawal suhu pemain bagi keselesaan yang maksimum. Kit lengkap itu akan termasuk sehelai jersi lengan pendek, jersi lengan panjang, jaket, sarung kemampatan, topi, dan beanie bagi setiap 20 pasukan dalam liga itu.

“Kerjasama yang pertama seumpamanya ini adalah satu gambaran besar dalam evolusi esport ke dalam sebuah gaya hidup yang sebenar. Ini bukan sekadar satu kemenangan bagi Overwatch League dan peminat kami, tetapi untuk esport sebagai sebuah industri,” kata Daniel Cherry, ketua pegawai pemasaran di Activision Blizzard Esports. “Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan rakan kami dan legenda pakaian kasual bandar Jeff Staple pada kit-kit pasukan ini. Perkongsian rapat pemain-pemain kami dengan Jeff dapat dilihat dan dirasakan dalam elemen reka bentuk yang dipertimbangkan yang dimasukkan di dalam pakaian itu. Kita tidak sabar menunggu untuk melihat pakaian ini dipakai di jalan-jalan di setiap bandar raya pasukan-pasukan Overwatch League kami pada musim ini.”

“Saya telah memerhatikan esport selama bertahun-tahun dan merupakan seorang peminat utama  dalam melihat apa yang telah dicapai oleh Overwatch League, oleh itu apabila mereka meminta saya untuk mereka bentuk kit baharu mereka, saya merasa amat teruja,” kata Staple. “Ia merupakan satu peluang sekali seumur hidup untuk membawa yang terbaik dari dunia esport dan pakaian kasual bandar bersama-sama bagi mewujudkan sesuatu yang unik dan berinovatif. Kit itu bukan sahaja direka bentuk khusus untuk berfungsi mengikut spesifikasi pemain, tetapi ia juga direka untuk kelihatan hebat di luar arena.”

Staple telah berada di dalam industri itu selama lebih dari dua dekad dan telah bekerjasama dengan banyak jenama utama dalam reka bentuk, gaya hidup, dan ruang hiburan. Memaparkan Staple Pigeon beliau yang terkenal di dunia, gaya beliau yang unik membawa satu kelebihan baharu kepada setiap jenama pasukan.

Peminat akan dapat membuat tempahan awal bagi jersi OWL X STAPLE baharu itu bermula pada 28 Jan di shop.overwatchleague.com

Aset Imej dan Video: PAUTAN 

Maklumat mengenai Overwatch League™ 

Overwatch League™ adalah liga esport profesional global utama yang pertama dengan pasukan-pasukan yang berpusat di bandar-bandar raya merentasi Asia, Eropah, dan Amerika Utara. Overwatch® telah dicipta oleh penerbit terkenal di peringkat global Blizzard Entertainment (satu bahagian daripada Activision Blizzard—Nasdaq: ATVI), yang francais ikonik mereka telah membantu meletakkan asas dan memperluaskan ruang bagi esport profesional dalam tempoh 15 tahun yang lalu. Penambahan terbaharu kepada kumpulan Blizzard yang terdiri daripada dua puluh dua #1 permainan, [1] Overwatch telah dibina dari bawah ke atas untuk persaingan dalam talian, dengan watak-watak yang tidak dapat dilupakan dan aksi pantas yang direka untuk permainan dan pengalaman penonton yang paling menarik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Overwatch League, sila layari www.overwatchleague.com.

 [1] Jualan dan/atau muat turun, berdasarkan kepada rekod dalaman syarikat dan laporan daripada pengedar-pengedar utama.

Maklumat mengenai Blizzard Entertainment, Inc.

Paling dikenali dengan hit blokbuster yang termasuk francais World of Warcraft®, Hearthstone®, Overwatch®, the Warcraft®, StarCraft®, dan Diablo®, dan pelbagai francais Heroes of the Storm®, Blizzard Entertainment, Inc. (https://www.blizzard.com), satu bahagian daripada Activision Blizzard (NASDAQ: ATVI), adalah sebuah pemaju dan penerbit utama bagi perisian hiburan yang terkenal kerana mencipta sebahagian daripada permainan yang paling terkenal di dalam industri itu. Rekod prestasi Blizzard Entertainment termasuk dua puluh dua #1 permainan* dan pelbagai anugerah Permainan Terbaik bagi Tahun berkenaan. Perkhidmatan permainan dalam talian syarikat itu, Blizzard Battle.net®, merupakan satu daripada perkhidmatan permainan dalam talian terbesar di dunia, dengan berjuta-juta pemain yang aktif.

* Jualan dan/atau muat turun, berdasarkan kepada rekod dalaman syarikat dan laporan daripada pengedar-pengedar utama.  

Maklumat mengenai Activision Blizzard Esports

Activision Blizzard Esports (ABE) adalah bertanggungjawab untuk pembangunan, operasi, dan pengkomersialan bagi harta permainan profesional Activision Blizzard termasuk Overwatch League™, the Call of Duty® League™, Call of Duty Challengers™, Hearthstone® Masters, StarCraft® II esports, Warcraft® III: Reforged™, dan Kejohanan Dunia Arena World of Warcraft® dan Mythic Dungeon International, antara lain. ABE juga mengendalikan Tespa, pemimpin di dalam esport berkolej. Ia adalah visi ABE untuk menjadi pemaju yang paling berinovatif, berskala, dan bernilai bagi hiburan pertandingan gobal.

OVERWATCH, OVERWATCH LEAGUE dan logo OVERWATCH LEAGUE adalah merupakan tanda perniagaan atau tanda perniagaan berdaftar bagi Blizzard Entertainment, Inc., di Amerika Syarikat dan/atau di negara lain. Semua nama lain adalah merupakan tanda perniagaan bagi pemilik mereka masing-masing.

Nota Amaran Berhubung Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan: Maklumat di dalam siaran akhbar ini yang melibatkan jangkaan, rancangan, hasrat atau strategi Overwatch League, termasuk kenyataan mengenai kerjasama dengan Jeff Staple dan tarikh-tarikh bagi Overwatch League musim 2020, adalah merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang tidak melibatkan fakta dan melibatkan sejumlah risiko dan ketidak-tentuann. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan masa depan sebenar bagi Overwatch League untuk berbeza dari segi material daripada yang dinyatakan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dinyatakan dalam siaran akhbar ini termasuk kelewatan produk yang tidak dijangka dan faktor-faktor lain yang dikenalpasti dalam seksyen faktor risiko dalam laporan tahunan terbaharu Activision Blizzard pada Borang 10 -K dan mana-mana laporan suku tahunan berikutnya pada Borang 10-Q. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan di dalam siaran akhbar ini adalah didasarkan kepada maklumat yang tersedia kepada Overwatch League dan Activision Blizzard pada tarikh siaran akhbar ini, dan Overwatch League mahupun Activision Blizzard tidak mempunyai kewajipan untuk mengemaskini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dipercayai benar ketika ia dibuat mungkin terbukti tidak benar. Kenyataan-kenyataan ini tidak memberi jaminan mengenai prestasi masa depan bagi Overwatch League atau Activision Blizzard dan tertakluk kepada risiko, ketidak-tentuan dan faktor lain, yang sebahagiannya berada di luar kawalan mereka dan boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada jangkaan semasa.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200116005551/en/ 


Hubungi

Mark Van Lommel
Overwatch League
949-955-1380 x61147
MVanLommel@overwatchleague.com

Kevin Scarpati
Overwatch League
949-955-1380 x61298
Kscarpati@overwatchleague.com

Sumber : Activision Blizzard, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.