ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KAJIAN KESIHATAN DIGITAL:ESTONIA MENDAHULUI DENMARK SEBAGAI JUARA EKESIHATAN EROPAH

Friday 17/01/2020



“Annual European eHealth Survey 2019" daripada HIMSS dengan kerjasama McKinsey mengenal pasti perkara penting dalam industri kesihatan Eropah

BERLIN, Jerman, 17 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Keselamatan siber, saling kendali dan pemerkasaan pesakit merupakan isu utama dalam industri penjagaan kesihatan Eropah berdasarkan “Annual European eHealth Survey 2019" terkini melalui tinjauan terhadap 500 profesional dalam bidang berkenaan.Kajian yang dijalankan oleh HIMSS dengan kerjasama McKinsey & Company juga mendapati bahawa Estonia telah menggantikan tempat Denmark dan kini dianggap sebagai negara peneraju eKesihatan di Eropah; contohnya, warganegara Kesatuan Eropah boleh mendapatkan semula ubat yang dipreskripsikan secara elektronik oleh doktor di Finland di farmasi Estonia. 

Trend Utama:Rekod kesihatan pesakit dan perkhidmatan teleperubatan
 
Annual European eHealth Survey 2019 yang kini diterbitkan dalam edisi ke-3 menunjukkan bahawa pembangunan industri eKesihatan di Eropah semakin memfokuskan "pemerkasaan pesakit", iaitu keupayaan pesakit untuk mengakses dan menggunakan rekod kesihatan mereka sendiri serta menyumbang rekod tersebut dengan data penjanaan kendiri.

Pemerkasaan pesakit digital memerlukan infrastruktur eKesihatan yang lebih canggih.Keadaan ini berlaku di Itali (47%), Belanda (39%) dan Nordic (34%); negara tersebut menonjolkan akses pesakit terhadap maklumat sebagai keutamaan mereka.Pemprosesan data dijanakan pesakit secara khususnya amat penting bagi Sepanyol (38%).

Kepentingan penyediaan perkhidmatan teleperubatan telah meningkat secara ketara apabila dibandingkan dengan hasil beberapa tahun yang lalu.Di sesetengah negara, seperti Jerman, peningkatan ini boleh dikaitkan dengan inisiatif perundangan melalui skema pembayaran balik baharu yang memberikan insentif bagi peruntukan perkhidmatan tersebut.  

“Di Jerman dan banyak negara lain, pembekal mesti mempercepat pemerkasaan pesakit melalui rekod elektronik pesakit dan ketelusan tentang hasil rawatan.Trend rawatan pesakit luar akan meningkat lagi jika pembekal pesakit luar memanfaatkan rekod pesakit agar pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad,” kata Jochen Messember, Rakan Kongsi di McKinsey & Company.

Pendanaan terus menjadi halangan utama

Transformasi digital sistem penjagaan kesihatan Eropah juga menghadapi cabaran utama:Pendanaan IT kekal merupakan halangan utama (37%) terutama di UK, Sepanyol dan Jerman.Kekurangan standard saling kendali untuk membenarkan pertukaran data antara sistem (29%) dan kekurangan profesional eKesihatan berkemahiran (28%) juga menjejaskan industri berkenaan.

Jörg Studzinski, Pengarah Penyelidikan di HIMSS menyimpulkan bahawa:“Annual European eHealth Survey 2019 menunjukkan bahawa pembangunan industri eKesihatan di Eropah semakin beralih ke arah pemerkasaan pesakit dan kesihatan digital berdasarkan pengguna.Rekod kesihatan dimiliki pesakit, penyepaduan mereka dalam aliran kerja klinikal dan perkhidmatan teleperubatan akan meningkat dalam agenda di mana-mana saja.Di rantau dan negara yang lebih maju dari segi digital, seperti Nordic, Belanda dan Sepanyol, kami juga mendapati bahawa banyak fokus diberikan terhadap topik, seperti Kecerdasan Buatan dan Analisis Penjagaan Kesihatan.Walau bagaimanapun, banyak keupayaan ini akan menembusi pasaran dengan sedikit kelewatan disebabkan kekurangan dana dan tenaga kerja.”

Pautan kepada kajian:
https://europe.himssanalytics.org/europe/ehealth-barometer/ehealth-trend-barometer-annual-european-ehealth-survey-2019

Perihal HIMSS Annual European eHealth Survey 2019

European eHealth Survey 2019 disokong oleh McKinsey & Company, firma perunding pengurusan antarabangsa dan memberikan maklumat tentang keutamaan, cabaran dan trend semasa tentang industri eKesihatan di Eropah.Dari September hingga Oktober 2019, HIMSS menjalankan tinjauan terhadap 500 pakar eKesihatan di 30 buah negara Eropah.Tinjauan eKesihatan tahunan ini menyiasat topik berbeza-beza dan berulang dalam industri sejak 2017.Tinjauan kuantitatif tersebut disasarkan kepada semua pemegang berkepentingan kesihatan di Eropah: profesional penjagaan kesihatan, seperti doktor, jururawat, pemimpin dan pihak pengurusan IT, pembuat dasar, perunding, penyelidik dan syarikat perisian IT kesihatan mengambil bahagian.

Perihal HIMSS

HIMSS merupakan penasihat global dan pemimpin pemikiran yang menyokong transformasi ekosistem kesihatan melalui maklumat dan teknologi.Sebagai organisasi bukan untung, HIMSS menawarkan kepakaran unik dalam inovasi kesihatan, dasar awam, pembangunan tenaga kerja, penyelidikan dan analisis untuk memberikan nasihat kepada pemimpin global, pemegang berkepentingan dan orang berpengaruh tentang amalan terbaik dalam maklumat dan teknologi kesihatan.Menerusi enjin inovasi kami, HIMSS menyampaikan pandangan utama, pendidikan dan menganjurkan acara kepada pembekal penjagaan kesihatan, kerajaan dan pembekal pasaran untuk memastikan mereka mempunyai maklumat yang betul semasa membuat keputusan.Beribu pejabat di Chicago, Illinois, HIMSS menyediakan maklumat kesihatan global dan komuniti teknologi dengan operasi terfokus merentasi Amerika Utara, Eropah, United Kingdom, Timur Tengah dan Asia Pasifik.Ahli kami merangkumi lebih daripada 80,000 individu, 480 organisasi pembekal, 470 rakan kongsi bukan keuntungan dan 650 organisasi perkhidmatan kesihatan.

Perihal McKinsey

McKinsey & Company merupakan firma perunding pengurusan yang terkemuka di Jerman dan di seluruh dunia.Melalui bekerjasama rapat dengan klien, McKinsey menyediakan perundingan strategik, transformasi digital, pembangunan bakat, pengurusan risiko, pemasaran, reka bentuk, pengoptimuman proses dan kecemerlangan fungsian untuk syarikat swasta, institusi awam dan organisasi sosial.Klien firma ini merangkumi 28 daripada 30 syarikat DAX.McKinsey mempunyai beberapa pejabat di Jerman dan Austria, termasuk Berlin, Dusseldorf, Frankfurt am Main, Hamburg, Cologne, Munich, Stuttgart dan Vienna.Firma ini beroperasi melalui lebih daripada 120 pejabat di 65 buah negara.McKinsey ditubuhkan pada tahun 1926 dengan pejabat pertama dibuka di Jerman pada tahun 1964.Kevin Sneader merupakan Rakan Kongsi Pengurusan Global dan Cornelius Baur bertanggungjawab untuk Jerman dan Austria.    

Ketahui lebih lanjut di: https://www.mckinsey.de/uber-uns

Orang Hubungan Media HIMSS:

Maria Burpee
Pengarah Pemasaran
mburpee@himss.org
+351 915292211

Orang Hubungan Media McKinsey:
Kirsten Best-Werbunat
Pengarah Perhubungan Media, McKinsey & Company, Inc.
kirsten_best@mckinsey.com
+49 (0)211 1364688

Sumber: HIMSS

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.