ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KUMPULAN APTORUM MENERUSKAN PENGKOMERSILAN TABLET DIOSCOREA OPPOSITA BIOACTIVE NUTRACEUTICAL DAN PERJANJIAN PENGEDARAN JUALAN TERMETERAI DI HONG KONG

Tuesday 25/02/2020



NEW YORK, 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aptorum Group Limited (“Kumpulan Aptorum”), sebuah syarikat farmaseutikal yang memberi tumpuan kepada pembangunan terapeutik baharu bagi menangani keperluan perubatan global yang tidak dipenuhi, mengumumkan pengkomersilan tambahan diet untuk wanita yang sedang menopaus dan mengalami gejala-gejala berkaitan.  Tambahan diet ini diperbuat daripada bahan bioaktif yang diekstrak daripada tepung keledek Cina mengandungi “DOI”, yang merupakan pendekatan bukan-hormon Kumpulan Aptorum bertujuan memenuhi trend dan menangani kebimbangan nutrisi para pengguna yang semakin banyak.  Dianggarkan 1.2 bilion wanita di seluruh dunia akan mengalami menopaus atau pasca menopaus menjelang 20301. Pasaran tambahan diet kesihatan wanita global untuk gejala-gejala menopaus dijangka mencapai lebih ASD$50bn menjelang 2025 dengan kadar CAGR 16.4% (2016-2025)2. Buat permulaan, tambahan diet ini akan dikomersilkan dan dijual di Hong Kong; Syarikat sedang mendapatkan kelulusan kawal selia untuk memasarkan produk ini di lokasi-lokasi utama yang lain.

Sebagai sebahagian daripada usaha pengkomersilan, Kumpulan Aptorum, melalui anak syarikat milikannya Nativus Life Sciences Limited, memeterai perjanjian pengedaran serantau dengan Multipak Limited, kumpulan berpangkalan di Hong Kong yang mengoperasikan jenama-jenama isi rumah termasuklah uncang teh Luk Yu® dan produk-produk kesihatan berkaitan.

Melalui Multipak, Kumpulan Aptorum boleh meningkatkan akses produk ini kepada pangkalan pelanggan serantau yang besar.  Pengeluaran tablet dioscorea opposita bioactive nutraceutical Kumpulan Aptorum ini telah bermula di Kanada dan akan dipasarkan di bawah jenama NativusWellTM.

Tablet Nativus’s NativusWellTM adalah tambahan diet semulajadi, bukan-hormon mengandungi DOI.  Tepung keledek yang mengandungi DOI menggunakan pendekatan bukan-hormon bertujuan merangsang kesejahteraan am wanita yang sedang mengalami menopaus.  Kajian saintifik pihak ketiga menunjukkan DOI, bahan bioaktif semulajadi dalam keledek Cina, didapati merangsang biosintesis estradiol, mencetuskan pengeluaran estradiol dan progesteron dan meningkatkan kepadatan tulang, dengan itu berpotensi mencegah kemaraan osteoporosis³,  salah satu gejala biasa yang dikaitkan dengan menopaus4.
 
Untuk pembentangan umum lanjut, sila lawati: http://ir.aptorumgroup.com/static-files/bcf77574-7bd6-4b9d-8110-d53837238f16
 
Untuk pembentangan teknikal lanjut, sila lawati: http://ir.aptorumgroup.com/static-files/66346f79-7a03-474a-89be-0eaafaa00d9d

Mengenai Aptorum Group Limited

Aptorum Group Limited (Nasdaq: APM) adalah syarikat farmaseutikal yang komited untuk membangunkan dan mengkomersilkan terapeutik baharu bagi menangani keperluan perubatan yang tidak dipenuhi.  Kumpulan Aptorum sedang melaksanakan projek terapeutik di dalam penyakit yang jarang berlaku, penyakit berjangkit, penyakit metabolisme dan bidang penyakit yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Aptorum Group, sila lawati  www.aptorumgroup.com.

Penafian dan Kenyataan Pandang Ke Hadapan

Siaran media ini termasuk kenyataan yang berkaitan dengan Aptorum Group Limited dan jangkaan, rancangan dan prospek masa hadapan mereka yang membentuk “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” dalam erti maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995.  Untuk tujuan ini, sebarang kenyataan yang terkandung di sini yang bukan kenyataan fakta sejarah boleh dianggap sebagai kenyataan pandang ke hadapan. Dalam kes tertentu, anda boleh mengenal pasti kenyataan yang berpandangan ke hadapan dengan terma seperti “mungkin,” “sepatutnya,” “mengharapkan,” “merancang,” “menjangka,” “boleh,” “berhasrat,” “sasaran,” “projek,” “memperhatikan,” “percaya,” “anggaran,” ”meramalkan,” “berpotensi,” atau “meneruskan”, atau maksud negatif bagi istilah atau ungkapan yang serupa. Kumpulan Aptorum telah mengasaskan kenyataan pandang ke hadapan, termasuklah kenyataan berkaitan rangka masa yang dianggarkan untuk penyerahan permohonan dan ujian, sebahagian besarnya atas jangkaan terkini dan projeksi mengenai acara-acara dan trend masa depan yang ia percaya boleh memberi kesan kepada perniagaan, kedudukan kewangan dan hasil operasinya. Kenyataan pandang ke hadapan ini hanya menyentuh setakat tarikh siaran akhbar ini dan tertakluk kepada beberapa risiko, ketidakpastian dan anggapan termasuklah, tanpa had, risiko berkaitan dengan perubahan pengurusan dan organisasi yang diumumkan, perkhidmatan yang diteruskan dan kedapatan kakitangan utamanya, keupayaannya untuk memperkembangkan barisan produknya dengan menawarkan produk tambahan untuk segmen pengguna tambahan, keputusan pembangunan, strategi perkembangan syarikat yang dijangkakan, trend dan cabaran yang dijangkakan dalam perniagaan, dan jangkaannya berkaitan, dan kestabilan, rantaian bekalannya, dan risiko yang diperincikan dalam Borang 20-F Kumpulan Aptorum dan pemfailan lain yang dibuat oleh Kumpulan Aptorum dengan SEC pada masa akan datang.  Hasilnya, projeksi yang dimasukkan dalam kenyataan pandang ke hadapan seperti ini tertakluk kepada perubahan. Kumpulan Aptorum tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung di dalam siaran akhbar ini hasil daripada maklumat baharu, kejadian akan datang atau sebaliknya.
 
1 World Health Technical Report Series. Research on the Menopause in the 1990's. Geneva, Switzerland: World Health Organization; 1996.
2 https://www.grandviewresearch.com/press-release/global-isoflavones-market
3 https://www.ke.hku.hk/story/innovation/the-magic-of-chinese-yam-for-treatment-of-menopausal-syndrome; see also, Scientific Reports, 5-10179.
4 https://www.everydayhealth.com/menopause/osteoporosis-and-menopause.aspx


Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200224005232/en/

Hubungi

Pelabur:
Tel: +852 2117 6611
E-mel: investor.relations@aptorumgroup.com

Media:
Tel: + 852 2117 6611
E-mel: info@aptorumgroup.com

Sumber : Aptorum Group Limited

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.