ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  VESTA LANTIK SHABAB MUHADDES TERAJUI USAHA PENGEMBANGAN KE RANTAU ASIA PASIFIK

Tuesday 25/02/2020



Veteran industri pembayaran dari Visa dilantik sebagai pengurus besar cawangan Singapura

LAKE OSWEGO, Ore., 25 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Vesta, peneraju dalam jaminan pembayaran dan pengesanan penipuan, kini melebarkan sayapnya ke rantau Asia Pasifik menerusi pembukaan sebuah pejabat baharu di Singapura. Pemimpin industri pembayaran, Shabab Muhaddes, yang sebelum ini berkhidmat di Visa dan Mastercard, telah dilantik bagi menerajui usaha pengembangan tersebut menerusi kapasitinya sebagai Pengurus Besar Vesta bagi Asia Pasifik.

Seiring dengan pertumbuhan transaksi tanpa kad yang terus berkembang di serata rantau berkenaan, aspek pengurusan penipuan menjadi cabaran untuk organisasi. Walaupun perbuatan penipuan - termasuk pengambilalihan akaun, penipuan transaksi, e-skimming (seperti pengklonan kad) dan serangan kekerasan oleh sindiket jenayah profesional, kebanyakan organisasi masih bergantung kepada strategi reaktif yang menggunakan aspek perlindungan manual dan model berteknologi rendah dengan kos operasi tinggi bagi mengurus kejadian tersebut sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan serta menjejaskan pengalaman pengguna.

“Asia Pasifik merupakan rantau yang dinamik dan pelbagai. Gabungan ekonominya serta pertumbuhan yang pesat telah mewujudkan keperluan segera terhadap jaminan perlindungan penipuan serta penyelesaian pembayaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vesta, Ron Hynes.

“Kami turut maklum bahawa usaha membentuk perkongsian yang kukuh adalah teras kejayaan kami. Oleh itu, pengetahuan luas Shahab dalam aspek ekosistem pembayaran global dan rekod prestasi di serata rantau ini sukar ditandingi. Beliau memahami nuansa menjalankan perniagaan di peringkat tempatan dan tahu bagaimana untuk membina serta mengembangkan perkongsian di seluruh pasaran bagi mewujudkan nilai untuk semua pihak terbabit. "

Muhaddes yang mempunyai lebih sedekad pengalaman dalam usaha membina perhubungan di seluruh rantau ini, turut membawa bersama peranan utamanya dari segi pandangan perkhidmatan kewangan, teknologi kewangan (fintech) dan ekosistem pembayaran peringkat tempatan serta global.

Beliau pernah bertugas sebagai ketua perkongsian digital dan usaha sama Visa untuk Asia Pasifik. Dalam tempoh perkhidmatannya lebih daripada lima tahun dengan syarikat itu, beliau turut memacu pertumbuhan ketara di rantau itu menerusi penekanan kepada peluang kerjasama di serata pasaran tumpuannya.

Sebelum menyertai Visa, beliau berkhidmat di Mastercard selama lapan tahun dengan tumpuan peranan dalam mewujudkan pakatan strategik bagi memacu pertumbuhan di pasaran sedang pesat membangun dan pembangunan strategi produk.

Malah, menerusi kerjaya dalam industri pembayaran, Muhaddes telah membuktikan kemampuan tinggi bagi menghasilkan proposisi nilai yang saling memanfaatkan untuk syarikat, rakan niaga serta pelanggan mereka dalam pasaran Asia Pasifik yang mencatat pertumbuhan tinggi.

"Vesta adalah sebuah syarikat global dan sejak lebih 20 tahun lamanya telah bertindak menyediakan teknologi pembelajaran mesin automatik masa nyata untuk kalangan  organisasi yang mahu mengesan serta mencegah penipuan secara efektif, memaksimumkan  pendapatan, mengurangkan kos dan melancarkan pengalaman pelanggan. Saya amat teruja dan berharap dapat berkongsi impak positif untuk  organisasi dan pengguna di rantau Asia Pasifik, "kata Muhaddes. "Oleh kerana pernah bekerja dengan Ron di Mastercard, saya amat yakin sepenuhnya terhadap visi dan kepimpinan yang menerajui Vesta dan kejayaan pengembangan ke Asia Pasifik menerusi hab baharu di Singapura.

Maklumat lanjut mengenai Vesta dan penyelesaian pencegahan penipuan dan penyelesaian penambahbaikan boleh didapati menerusi  www.trustvesta.com, dan maklumat mengenai peluang kerjaya di trustvesta.com/company/about-us

Mengenai Vesta

Vesta merupakan peneraju dalam penyelesaian perlindungan perlindungan dan penipuan yang dijamin dan membantu penerbit, pengeluar, pengambilalih, pemproses, pengendali gerbang, syarikat telekomunikasi, peniaga dan pengendali dompet (elektronik) untuk mengoptimumkan pendapatan tanpa bimbangkan aspek penipuan. Ditubuhkan pada tahun 1995, Vesta juga menjadi perintis transaksi pembayaran tanpa kad yang dijamin penuh. Syarikat itu telah mencapai kedudukan kepimpinan menerusi keupayaan sains data dan pembelajaran mesin yang memberi ketepatan  bagi pengesanan perbuatan penipuan di seluruh dunia. Pada masa ini,  Vesta menjamin transaksi bernilai lebih daripada $15 bilion stahun. Penyelesaian pembayaran Vesta yang selamat, disokong oleh jaminan penolakan-liabiliti sifar, membolehkan para peniaga untuk meningkatkan pendapatan dengan menyampaikan urus niaga secara lancer yang memaksimumkan penerimaan serta meningkatkan pengalaman pelanggan dan melenyapkan kebimbangan menjadi mangsa  penipuan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trustvesta.com.

 
Lihat versi sumber di businesswire.com:  https://www.businesswire.com/news/home/20200224005971/en/ 


Hubungi

LANE, a Finn Partners Company
Pete Johnson
+1-503-546-7880
Vesta@finnpartners.com

SUMBER: Vesta

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.