ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  PROGRAM JOM DIGITAL II MENGGALAKKAN EKONOMI PKS WILAYAH SELATAN

Friday 22/05/2020



JOHOR BAHRU, 22 Mei (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan bersama Nexus Produktiviti Peruncitan, Makanan dan Minuman serta kerjasama Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. telah menganjurkan PROGRAM JOM DIGITAL II WILAYAH SELATAN – BERMODALKAN PLATFORM PERKONGSIAN EKONOMI yang melibatkan penyertaan usahawan, peniaga dan penjaja negeri Johor Darul Ta’zim khususnya dan negeri lain di Malaysia dan mencatatkan kehadiran hampir 1,000 orang peserta bagi keempat-empat sesi yang telah diadakan.
                                  
Hajah Roziana Haji Othman, Pengarah MPC Wilayah Selatan memaklumkan bahawa, program ini diadakan menggunakan platform Webinar iaitu aplikasi secara atas talian yang melibatkan 4 sesi telah bermula pada 13 Mei sehingga 21 Mei 2020 yang mempunyai topik yang berbeza. Objektif program adalah untuk berkongsi maklumat mengenai platform perkongsian ekonomi yang sedia ada di Malaysia serta menggalakkan PKS menggunapakai platform perkongsian ekonomi di dalam meningkatkan kecekapan operasi perniagaan.
 
Program ini juga turut membantu PKS menggunakan platform digital dalam urusan harian perniagaan dan menggalakkan pemadanan perniagaan di antara pembekal platform perkongsian ekonomi dengan usahawan peruncitan dan makanan & minuman.
 
Perkongsian oleh 8 organisasi seperti MDEC, Shopee, MyBump, ZeptoExpress, Avana, MyCar, PayNet dan Boost kepada usahawan tentang platform pemasaran digital yang sedia dan memberi peluang kepada usahawan, peniaga dan penjaja untuk berkolaborasi adalah satu usaha untuk memacu kejayaan dan produktiviti usahawan, kata Hajah Roziana.  
 
Setiap sesi yang dijalankan juga telah melibatkan ucapan oleh YB. Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Mohd Izhar Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor serta YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia.
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC):

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.
 
SUMBER: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Megat Amirul Saifulnizam
Tel: 016 8745696 

E-mel: megatamirul@mpc.gov.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.