ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  MARY KAY INC. MENERUSKAN SOKONGAN MEREKA TERHADAP PEMERKASAAN WANITA PADA PERSIDANGAN MAYA TIME'S UP FORUM WANITA ANTARABANGSA

Friday 29/05/2020



Table
Carolyn Passey, Pengurus Besar, Mary Kay United Kingdom & Ireland (Foto: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 29 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. meneruskan sokongan mereka terhadap keusahawanan, pemerkasaan dan kepemimpinan pemikiran wanita sebagai sebuah penaja utama bagi Persidangan Asas Maya Forum Wanita Antarabangsa 2020 (IWF). Pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 13-15 Mei, di London, persidangan itu telah beralih kepada satu format digital disebabkan oleh pandemik COVID-19; isi kandungan dan penceramah hebat yang hampir sama akan disiarkan secara global dalam satu siri sesi maya yang dikongsi setiap minggu di https://www.iwforum.org/.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20200519005709/en/
 
Pada 21 Mei, Mary Kay akan mengambil bahagian di dalam satu sesi maya yang bertajuk “Satu Perbualan dengan TIME'S UP UK” untuk membincangkan isu-isu penting seperti #MeToo dan bagaimana pergerakan TIME'S UP yang seterusnya telah membawa kepada pemikiran semula mengenai keselamatan wanita di set filem dan televisyen, serta industri lain di seluruh dunia. Carolyn Passey, Pengurus Besar bagi Mary Kay UK dan Ireland, akan membuka sesi itu yang memfokuskan pada perubahan yang ingin dilaksanakan oleh TIME'S UP UK, mengemudi garisan di antara peribadi dan profesional, dan membantu mereka yang sering mendapati diri mereka terdedah dan dieksploitasi semasa penggambaran.

“Di Mary Kay, kami menyokong pemerkasaan wanita dan kesamaan jantina dan kami bekerjasama dengan organisasi yang misi mereka adalah untuk melakukan perkara yang sama,” kata Passey. “Hari ini, ketika krisis COVID-19 memburukkan kelemahan  wanita dan ketidaksamaan jantina1, kita tahu kepercayaan dan keselamatan adalah lebih penting daripada sebelumnya bagi wanita untuk berkembang maju. Tempat kerja harus menjadi sebuah tempat yang selamat dan menimbulkan rasa hormat bagi kita semua. Bagaimana kita dapat memastikan — dan menuntut — perkara ini untuk berlaku? Saya menantikan perbincangan mengenai topik itu dengan pemimpin-pemimpin berwibawa dari seluruh dunia.”

Penceramah pada sesi itu termasuk:
 
• Dame Heather Rabbatts, Pengerusi TIME’S UP UK Pengarah Urusan bagi Cove Pictures; Pengerusi bagi Soho Theatre dan ahli lembaga bukan eksekutif untuk Arts Alliance.
• Ita O'Brien, Penyelaras Intimasi terkemuka di UK.
 
“Sekarang, lebih dari sebelumnya, adalah sangat penting untuk meneruskan perbincangan mengenai keadaan kerja yang selamat dan setara bagi wanita di dalam industri hiburan dan seterusnya,” kata Stephanie O'Keefe, Ketua Pegawai Eksekutif di IWF. “Ketika dunia mengembangkan satu cara baharu untuk bekerja di dalam konteks COVID-19, saya berharap akan ada strategi untuk memastikan wanita dapat memasuki semula tempat kerja fizikal dengan yakin bahawa mereka akan selamat dan dilayan sama rata. Mary Kay adalah penyokong lama bagi kesamaan jantina, dan kami teruja kerana dapat meneruskan perjuangan ini dengan mereka bagi memastikan sebuah dunia yang lebih kesamaan jantina.”

Satu pautan untuk menonton acara itu boleh didapati di laman web IWF dan laman YouTube mereka pada 26 Mei:
https://www.youtube.com/channel/UCdLPNS7ai1_XHaqgEnhEjtg

1 Ringkasan Dasar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Kesan COVID-19 terhadap Wanita, 9 April 2020
https://www.un.org/sites/un2.un.org/files/policy_brief_on_covid
_impact_on_women_9_apr_2020_updated.pdf

dan - Artikel blog oleh Yayasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, artikel blog dari Michelle Milford Morse dan Grace Anderson, 14 April 2020
https://unfoundation.org/blog/post/shadow-pandemic-how-covid19-crisis-exacerbating-gender-inequality/

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan persendirian di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan komuniti kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Maklumat mengenai Forum Wanita Antarabangsa (IWF) dan Yayasan Kepimpinan

IWF adalah sebuah organisasi keahlian melalui jemputan sahaja yang terdiri daripada lebih 7,000 wanita yang pelbagai dan ulung dari 33 buah negara di enam benua. IWF memajukan kepimpinan wanita dan memperjuangkan kesamaan di seluruh dunia dengan menghubungkan wanita yang berjaya di peringkat global dan tempatan. Ahli termasuk eksekutif Fortune 500, pemimpin kerajaan dari peringkat tempatan hingga negara, pemimpin tidak mencari keuntungan antarabangsa, dan tokoh-tokoh dari akademi, seni dan sains. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.iwforum.org.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200519005709/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 or media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.