ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  SEBUAH PEMACU YANG TIDAK DIMANFAATKAN BAGI KREATIVITI & INOVASI PEKERJA: PERKAHWINAN YANG BAHAGIA

Friday 29/05/2020



HONG KONG, 29 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Walaupun syarikat-syarikat telah memberi tumpuan kepada membangunkan sebuah persekitaran pejabat yang optimum untuk mendapatkan hasil yang terbaik daripada pekerja mereka, mungkin ada satu cara lain untuk meningkatkan kreativiti di tempat kerja. Penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Xu Huang dari School of Business di Hong Kong Baptist University mencadangkan bahawa kunci untuk membawa kreativiti pekerja ke tahap yang seterusnya adalah dengan melabur di dalam perhubungan mereka di rumah.

Kajian itu melihat pada bagaimana perkahwinan yang memuaskan dapat mempengaruhi “sumber psikologi” seseorang pekerja di tempat kerja - iaitu keupayaan mereka untuk menjadi kreatif dan memperkenalkan penyelesaian yang berguna - dan menunjukkan bahawa:

·  Pekerja yang berpuas hati dengan perkahwinan mereka merasai nikmat limpahan positif bagi sumber psikologi ke dalam pekerjaan mereka
·  Apabila seseorang pasangan pekerja juga gembira, kesan limpahan ini adalah lebih ketara dan memperkayakan kreativiti tempat kerja
·  Rangsangan ini hanya digunakan untuk pekerja yang kurang kreatif, oleh kerana individu yang sangat kreatif kurang bergantung kepada sumber daripada perkahwinan yang bahagia
·  Perkahwinan dengan pasangan yang tidak berpuas hati dan kurang mesra banyak menggunakan sumber psikologi pekerja. Ini menunjukkan bahawa pasangan hidup boleh memberikan pengaruh yang kuat terhadap prestasi kerja seseorang pekerja dan bahawa sebuah perkahwinan yang berkualiti tinggi mendorong kreativiti di tempat kerja.
 
Oleh kerana hubungan peribadi boleh menjadi satu sumber kreativiti di tempat kerja, adalah penting untuk mempertimbangkannya ketika membincangkan kebajikan pekerja. Menyediakan dasar-dasar yang mesra keluarga, terutamanya langkah-langkah yang berkaitan dengan perkahwinan, dapat memberi impak yang mendalam kepada organisasi. Berikut adalah cara-cara untuk menyokong perhubungan pekerja anda dan meningkatkan kreativiti mereka di pejabat:

·   Lihat dasar-dasar mesra keluarga sebagai pelaburan di dalam inovasi - Kajian itu menunjukkan kepuasan dalam perkahwinan sangat membantu di dalam memudahkan kreativiti di tempat kerja bagi pekerja yang kurang kreatif. Oleh itu, menyediakan dasar-dasar yang mesra keluarga untuk membantu perkahwinan pekerja bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tetapi juga membantu keupayaan inovatif bagi organisasi. Sama ada ia berupa cuti ulang tahun atau khidmat kaunseling perhubungan, terdapat pelbagai sokongan yang dapat memberikan manfaat yang besar.
·   Memerhatikan keperluan pasangan di dalam inisiatif keseimbangan kerja-kehidupan - Kajian itu menawarkan pemahaman baharu ke dalam campur tangan pengurusan yang dirancang untuk keseimbangan kerja-keluarga. Kajian itu mencadangkan bahawa pengurus mungkin perlu mengambil kira tumpuan pasangan pekerja ketika membangunkan amalan keseimbangan kerja-keluarga. Dalam senario ini, membangunkan sebuah sistem untuk komunikasi dan maklum balas bersama boleh menjadi sangat penting.
·   Mengutamakan perhubungan bagi pekerja yang kurang kreatif – Cendekiawan telah sebelum ini meneroka strategi yang memaksimumkan kreativiti bagi pekerja yang mempunyai potensi kreatif yang tinggi, dan tidak menerokai amalan yang memupuk kreativiti di kalangan pekerja yang kurang kreatif. Sumber psikologi daripada sebuah perkahwinan yang memuaskan meningkatkan kreativiti di tempat kerja bagi pekerja yang kurang kreatif, tetapi bukan untuk pekerja yang sudah sangat kreatif. Pekerja sedemikian semestinya cenderung untuk aktif di dalam aktiviti kreatif, yang bermaksud mereka kurang bergantung kepada sumber psikologi daripada perkahwinan yang bahagia. Pekerja yang kurang kreatif lebih cenderung memerlukan sumber ini untuk melaksanakan tugas.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di https://bus.hkbu.edu.hk.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/52227079/en/


Hubungi

HKBU School of Business
Eva Sham
E-mel: Evasham@hkbu.edu.hk
Tel: +852 3411 5558

Sumber : HKBU School of Business

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.