ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  MUNDANE GLORY: MENCERITAKAN KISAH MENGENAI BANTUAN PERUBATAN CHINA DI LUAR NEGARA

Monday 01/06/2020



Table
Dr. Zeng Siming sedang memeriksa penduduk tempatan di Kemboja


AsiaNet 84203


CHANGSHA, China, 1 Jun,  2020 / Xinhua-AsiaNet / --

Disiarkan di Mango TV, Mundane Glory adalah satu siri dokumentari pendek yang memberi tumpuan kepada pekerja rajin yang mengusahakan industri baru muncul China. Ia telah ditayangkan di platform-platform global termasuk Mango TV dan Hunan Satellite TV sejak 21 Mei tahun ini.

Dalam episod ketiganya, Penyembuh yang Bermurah Hati, Anthony Morse telah pergi ke Hospital Rakyat di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di China dan Wilayah Kampong Cham di Kemboja, untuk menceritakan kisah mengenai bantuan perubatan China di luar negara melalui dua orang doktor yang mempunyai pengalaman bantuan perubatan luar negara selama hampir 30 tahun.

Pada tahun 1990, Dr. Qiao Shihui telah pergi ke Niger di Afrika Barat dari Hospital Rakyat di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, dan memulakan perjalanan bantuan perubatan pertamanya ke luar negara di sana pada usia 39 tahun.

Dari Oktober 1990 hingga November 2012, Dr. Qiao Shihui telah lima kali ke Afrika, bekerja hampir 13 tahun di banyak tempat termasuk Hospital Capital Niger, Hospital Kedua Nasional Zinder, Hospital Pusat Wilayah Maradi dan Hospital Capital Comoros, dan merawat lebih daripada 38,000 orang pesakit.

Tindakan beliau yang tidak mementingkan diri telah memberikan sumbangan yang besar kepada perpaduan dan persahabatan di antara orang China dan Afrika. Pada Disember 2012, kempen pemilihan bagi ‘Anugerah Persahabatan China-Afrika’ keempat telah diumumkan di Dewan Besar Rakyat di Beijing, dan nama Qiao Shihui berada di dalam senarai calon yang berjaya. Beliau adalah satu-satunya wakil daripada sistem penjagaan kesihatan di antara 10 pemenang hadiah dan telah mendapat pujian yang hebat.

Menyaksikan perubahan yang dibawa oleh misi bantuan perubatan kepada penduduk di seluruh dunia, lebih ramai doktor-doktor China telah mengikuti jejak langkah Dr. Qiao dan menawarkan masa dan kepakaran mereka di mana mereka sangat diperlukan.

Encik Zeng Siming adalah seorang lagi doktor yang membawa harapan dan menyebarkan sinaran dan persahabatan di dalam dokumentari itu. Beliau memulakan misi bantuan perubatan sukarelawan sejak tahun 1996, dan jejak langkah beliau tersebar merentasi Niger, Comoros dan Kemboja.

Dr. Zeng telah menyertai rancangan “Belt and Road” untuk membasmi katarak yang menyebabkan kebutaan di Wilayah Kampong Cham, Kemboja. Zeng dan ahli pasukan beliau telah melengkapkan lebih daripada 6,200 pembedahan katarak di Kemboja dalam tempoh dua tahun.

Di bawah bimbingan Dr. Zeng, dua orang pakar oftalmologi yang berkelayakan di Wilayah Kampong Cham, Kemboja itu kini dapat melakukan pembedahan katarak phacoemulsification atau pembedahan katarak luka kecil secara bersendirian dan membantu pesakit untuk mendapatkan kembali penglihatan.

Dr. Qiao dan Dr. Zeng telah menunjukkan kepada kita apa yang dimaksudkan dengan “Penyembuh yang Bermurah Hati, Kasih Sayang yang Tiada Had” pada praktiknya. Dan ramai doktor-doktor China seperti mereka tidak sabar untuk membawa sinaran dan harapan kepada orang ramai di lebih banyak negara.

Menurut statistik, sudah 57 tahun sejak China menghantar pasukan perubatan pertama mereka ke luar negara ke Algeria pada tahun 1963. Sepanjang tempoh itu, China telah menghantar pasukan perubatan ke luar negara ke 71 buah negara merentasi Asia, Afrika, Amerika Latin, Eropah dan Oceania, dan lebih 280 juta orang telah mendapat penjagaan dan rawatan dari pasukan perubatan China.
 
Sumber: Mango TV
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=364401
 
   Kapsyen:  Foto kerja ketika Dr. Qiao Shihui membantu Afrika
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=364406
 
   Kapsyen: Dr. Zeng Siming sedang memeriksa penduduk tempatan di Kemboja

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.