ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  'SIMPAN & MENANG LEBIH KAW KAW' DENGAN BANK MUAMALAT

Monday 03/08/2020



KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini melancarkan kempen terbaharunya, ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ untuk mendorong para pelanggannya bagi menyimpan dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.
 
Diadakan untuk tahun kedua berturut-turut, kempen ini berlangsung selama setahun bermula 1 Ogos 2020 hingga 31 Julai 2021 dan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah menarik termasuk hadiah utama wang tunai bernilai RM1,000,000.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, kempen ini adalah kesinambungan daripada kempen pertama iaitu ‘Simpan & Menang Kaw Kaw’ yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan.
 
"Kempen ini sejajar dengan komitmen Bank Muamalat untuk memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan masyarakat, di samping membolehkan pelanggan menikmati ganjaran menarik untuk memenuhi keperluan mereka, terutama ketika ekonomi dijangka bertambah baik dari kesan pandemik COVID-19," kata Khairul.
 
Khairul menambah bahawa kempen sebelum ini berjaya menarik pelanggan sedia ada serta pelanggan baharu Bank Muamalat. Oleh yang demikian, kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ ini akan menawarkan lebih banyak ganjaran berbanding dengan kempen sebelumnya.
 
Lebih daripada 900 hadiah menarik ditawarkan, termasuk hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM1,000,000, empat buah kereta premium popular (2x Honda CRV, Honda Civic dan Proton X70) untuk cabutan suku tahunan. Selain itu, hadiah wang tunai juga ditawarkan untuk cabutan bulanan peringkat kebangsaan dan cabutan bulanan tempatan.  Untuk kempen kali ini, Bank Muamalat turut memperkenalkan cabutan hadiah wang tunai bulanan khas untuk kategori pesara yang berumur 55 tahun ke atas.
 
Kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ ‘terbuka untuk semua pelanggan sedia ada dan baharu yang mempunyai akaun simpanan, akaun semasa dan akaun gaji di Bank Muamalat. Pemegang akaun tersebut akan mendapat kelayakan secara automatik dengan menyimpan minimum RM100 dalam akaun Simpanan Bank Muamalat dan RM500 dalam akaun Semasa, sepanjang tempoh kempen berlangsung.
 
Terdahulu, Bank Muamalat menyampaikan hadiah kepada empat (4) pemenang dari kempen sebelumnya, iaitu pemenang hadiah utama wang tunai bernilai RM1,000,000 dan 3 pemenang cabutan suku tahunan yang masing-masing menerima sebuah kereta Proton X70. Semua hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Perbankan Konsumer, Encik Zury Rahimee Zainal Abiden.
 
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw, sila layari laman sesawang kami di www.muamalat.com.my


Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad

Bank Muamalat adalah sebuah insitusi kewangan Islam yang telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1999, dan dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Sebagai sebuah institusi kewangan Islam sepenuhnya, Bank Muamalat menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memenuhi keperluan kedua-dua pihak iaitu individu dan institusi.
 
Secara umum, Bank Muamalat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan individu seperti akaun deposit, pengurusan aset, pembiayaan kenderaan, pembiayaan rumah dan juga pembiayaan peribadi. Bank Muamalat juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan insitusi dan korporat, daripada khidmat pengurusan tunai, penyelesaian pembayaran,  kewangan perdagangan dan eksport antarabangsa, pertukaran asing, pembiayaan, dan urusniaga pasaran modal.

Bank Muamalat mempunyai 66 buah cawangan, selain mempunyai kemudahan perbankan internet iaitu i-Muamalat, serta e-muamalat yang merujuk kepada rangkaian ATM, CDM, dan CICO yang boleh didapati di hampir 141 lokasi seluruh negara.

Bank Muamalat merupakan ahli Kumpulan DRB-HICOM Berhad di mana ia memiliki 70% saham Bank dengan baki kepentingan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sebuah cabang pelaburan negara.

Bank Muamalat telah diterima secara rasmi sebagai ahli GABV pada 15 November 2017. Bank Muamalat ialah bank Islam pertama di dunia dan yang pertama di rantau Asia Tenggara menjadi ahli Global Alliance for Banking in Values (GABV).


Kindly access the launch video at the link given below;
https://wetransfer.com/downloads/f6d7ef0dd2cb1b7251ed01166a
414d8d20200803055333/1622c6e8c8060a1dbac6ff8d9152840020200803055346/c95476



SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Saidatul Leiza Suleiman
Tel : +6011 1061 5266
E-mel : leiza@muamalat.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.