ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  SEGMEN AUTOMOTIF DIJANGKA MENERAJUI PRESTASI KEWANGAN UMW HOLDINGS PADA SEPARUH TAHUN KEDUA 2020

Wednesday 05/08/2020



- UMW Toyota Motor mencatatkan penjualan sebanyak 7,509 unit pada bulan Julai 2020
- Jualan Perodua meningkat ke 23,203 unit pada bulan Julai 2020
 

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Diterajui oleh segmen Automotif berikutan penjualan yang memberangsangkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan 38%-syarikat bersekutu Perodua pada bulan Julai, UMW Holdings Berhad menjangkakan prestasi kewangan yang lebih baik pada separuh kedua tahun 2020.  Bahagian pasaran automotif Kumpulan UMW pada bulan Julai dianggarkan pada 52%, lebih tinggi daripada 51.4% yang dicatatkan pada tahun 2019. Peningkatan penjualan pada bulan Julai didorong terutamanya oleh pengecualian cukai penjualan yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 Jun, berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020.
 
UMWT mencatatkan penjualan sebanyak 7,509 unit pada bulan Julai 2020, antara yang tertinggi bagi tahun ini, 70.0% lebih tinggi daripada 4,417 unit yang didaftarkan pada bulan Jun.  Toyota Vios terus menjadi model terlaris pada bulan Julai, menyumbang sekitar 34% dari jumlah penjualannya.  UMWT telah memperkenalkan Toyota RAV4 baru generasi yang ke-5 pada awal bulan Jun, sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang diimport sepenuhnya dari Jepun.
 
Bagi Perodua, Julai merupakan bulan penjualan tertinggi pada tahun ini, dengan penjualan berdaftar kenderaan sebanyak 23,203 unit, peningkatan sebanyak 9.2% daripada 21,250 unit yang dijual pada bulan Jun.  Pengeluaran di kedua-dua kilang pemasangan Perodua juga ditingkatkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi.
 
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Azmin bin Che Yusoff berkata, "UMWT dan Perodua menunjukkan tahap pemulihan yang kuat berikutan gangguan penjualan pada awal tahun yang disebabkan oleh Covid-19, tambahan pula dengan penjualan yang memberangsangkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan Julai, kami kekal optimis.  Kami juga berterima kasih kepada kerajaan dalam memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi dan menerapkan pengecualian cukai penjualan untuk meningkatkan industri automotif di Malaysia.  Dengan pelaksanaan langkah-langkah ini, kami yakin dapat mencapai sasaran penjualan kami bagi tahun ini. "
 
Selaras dengan peningkatan jumlah penjualan kenderaan, segmen Pembuatan & Kejuruteraan (M&E) Kumpulan juga menunjukkan peningkatan permintaan bagi komponen automotif dan pelincir kenderaan dari pasaran OEM dan REM.  Perniagaan pelincirnya di China telah kembali ke tahap pra-Covid-19.     
 
Mengenai UMW
 
Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat bertaraf antarabangsa yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada tiga segmen perniagaan teras - Automotif, Jentera dan Pembuatan & Kejuruteraan. Kami kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 8,000 orang.
 
Dengan berpegang kepada prinsip Beyond Boundaries®, UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri - dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pemegang sahamnya.
 
SUMBER : UMW Corporation Sdn. Bhd. 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : S Vikneshwaran
Pengurus Besar – Bahagian Hubungan Pelabur & Media
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel : +603 2025 2104 / +6019 850 5799
E-mel : vikneshwaran.s@umw.com.my
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.