ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  AGROBANK MELULUSKAN 9,101 PERMOHONAN BANTUAN R&R

Monday 26/10/2020



Table

Khadijah Iskandar - Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank ​



KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Agrobank hari ini mengumumkan bahawa ia telah meluluskan 9,101 permohonan untuk penstrukturan dan penjadualan semula (R&R) dan ini merangkumi permohonan daripada pelanggan komersial, pengguna dan mikro yang memohon sokongan kewangan tambahan untuk meredakan aliran tunai mereka kesan daripada penularan wabak COVID-19.
 
Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Agrobank terus komited untuk memberikan sokongan kepada pelanggan kami dalam waktu yang mencabar ini. Bagi pelanggan yang masih menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran bulanan mereka, Agrobank akan terus menawarkan bantuan pembayaran balik dan menerima permohonan sehingga Jun 2021. Kami ingin memaklumlan kepada semua pelanggan kami bahawa sebarang bantuan kewangan yang diambil tidak akan mempengaruhi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) status mereka."
 
Agrobank menyarankan pelanggannya untuk tampil menyusun semula atau menjadualkan semula kemudahan pembiayaan mereka, sebagai penyelesaian jangka panjang selepas tamat tempoh pelaksanaan moratorium.  Sehingga hari ini, Bank telah meluluskan semua permohonan lanjutan moratorium sepertimana pengumuman berkaitan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Julai
 
"Oleh kerana Agrobank menyediakan pembiayaan di sepanjang rantaian nilai pertanian, maka kami menyediakan bantuan kewangan kepada individu, mikro, PKS dan juga pelanggan korporat. Kami juga menyarankan agar pelanggan kami untuk berhubung dengan pegawai kami mengenai pilihan yang ada atau sekiranya mereka tidak pasti apa yang harus dilakukan selanjutnya," kata Khadijah lebih lanjut.
 
Khadijah juga mengulangi bahawa selaras dengan visi Agrobank untuk Memperkasakan Pertanian Melangkaui Perbankan, Agrobank secara proaktif telah berhubung dengan pelanggannya melalui pelbagai inisiatif seperti bimbingan perniagaan dalam talian, webinar, klinik perniagaan, forum dan lain-lain. Inisiatif ini bertujuan untuk mendidik dan memberikan sokongan kepada pelanggan dengan lebih baik dalam menguruskan perniagaan mereka pada tempoh sukar seperti ini.
 
Pelanggan yang memerlukan maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan pembayaran balik Agrobank, boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di 1300 88 2476 atau e-mel customer@agrobank.com.my, atau menghubungi pegawai perhubungan atau cawangan masing-masing, atau layari www.agrobank.com.my
 
 
Mengenai Agrobank
Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank


SUMBER: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217
E-mel: shahreen.rahim@agrobank.com.my
 
Nama: Rasheffa Rashid
Eksekutif, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Strategik, Agrobank
Tel: 03-2731 1650 / +6019-2729907
E-mel: rasheffa@agrobank.com.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.