ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LEMBAGA PELANCONGAN HONG KONG LANCAR SATU PIAWAIAN PROTOKOL KEBERSIHAN, JAMIN PENGINAPAN YANG SELAMAT DAN SIHAT UNTUK PENGUNJUNG

Wednesday 28/10/2020



Table
Hong Kong telah menerajui usaha peningkatan tahap kebersihan dan keselamatan sejak permulaan pandemik COVID-19, yang menyaksikan kerjasama sektor awam, warga negara, dan perniagaan bertungkus lumus mempromosikan penjarakan sosial, pelitup muka wajib, kerap mencuci tangan, dan pemeriksaan suhu.

HONG KONG, 28 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Hong Kong telah menerajui pengenalan langkah anti-virus sejak permulaan pandemik COVID-19, yang menyaksikan warganya dan perniagaan bekerjasama menerapkan langkah-langkah kebersihan yang paling ketat di dunia. Dalam pada itu, perniagaan-perniagaan dalam sektor pelancongan sangat aktif menerapkan langkah-langkah kebersihan yang disokong oleh teknologi pembersihan canggih ke dalam operasi harian mereka.
 
Kini, dalam usaha meningkatkan perjuangan negara untuk mengawal virus berkenaan, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) hari ini melancarkan satu Piawaian Protokol Kebersihan menerusi kerjasama dengan Agensi Jaminan Kualiti Hong Kong (HKQAA), iaitu antara badan penilaian kepatuhan yang terkemuka di wilayah itu.
 
Protokol ini bertujuan menyediakan satu set piawaian protokol kebersihan dan langkah anti-epidemik untuk industri-industri berkaitan pelancongan yang mudah difahami oleh pelanggan dan pengunjung, bagi membantu Hong Kong bersedia membuka semula perjalanan masuk ke negara.
 
Ketua HKTB, Dr. YK Pang berkata, “Pandemik COVID-19 telah mewujudkan norma baharu dalam lanskap pelancongan, dan kesihatan serta keselamatan awam telah menjadi keutamaan bagi pengunjung. Jadi, banyak organisasi pelancongan antarabangsa telah bermula menerapkan panduan kesihatan dan anti-epidemik, dan penetapan satu piawaian langkah kebersihan bagi setiap sektor di Hong Kong akan menzahirkan sokongan sektor-sektor ini kepada komitmen pengunjung terhadap kebersihan dan keselamatan.
 
“Saya teruja kerana lebih 1,800 perniagaan dan kedai menyampaikan sokongan terhadap protokol berkenaan ketika HKTB berunding dengan rakan-rakan dagangan kami. HKTB akan mengukuhkan lagi promosi langkah anti-epidemik yang diambil oleh industri pelancongan dan sektor-sektor berkaitan, bagi mewujudkan imej pelancongan yang sihat dan selamat untuk Hong Kong, di samping meningkatkan keyakinan pengunjung ke Hong Kong.”
 
Protokol berkenaan merangkumi pusat membeli-belah, hotel, restoran, kedai runcit, syarikat bas, tarikan pelancongan, agensi pelancongan dan sebagainya. Semua perniagaan atau kedai yang mengambil bahagian dikehendaki mematuhi beberapa langkah kebersihan dan anti-epidemik tertentu. (Sila rujuk lampiran). Setelah lulus penilaian, butiran perniagaan-perniagaan dan kedai-kedai berkenaan akan dimuat naik ke laman web khusus HKQAA (https://hkhygiene.hkqaa.org). Semua perniagaan dan kedai ini boleh memaparkan logo pengiktirafan yang ditetapkan bagi menunjukkan komitmen mereka terhadap protokol ini. HKQAA akan membuat lawatan mengejut untuk pemantauan yang berterusan.
 
Ir C S Ho, Pengerusi HKQAA, berkata, “Semasa menetapkan piawaian protokol berkenaan, HKQAA telah merujuk kepada panduan oleh Pusat Perlindungan Kesihatan dan Jabatan Kebersihan Makanan dan Alam Sekitar. Kami berazam untuk mempromosikan amalan terbaik untuk langkah-langkah kebersihan dan anti-epidemik merentasi semua sektor yang berkaitan pelancongan. Di samping itu, kami ingin mengiktiraf usaha mereka dalam memerangi wabak ini menerusi pengesahan pihak ketiga yang profesional dan saksama, yang mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap perbelanjaan makanan dan minuman di luar rumah serta pelancongan.”
 
“Kami berbesar hati bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Hong Kong dalam usaha berterusan kami untuk mewujudkan piawaian kebersihan dalam norma baharu ini, sekaligus meningkatkan lagi standard keseluruhan industri-industri di Hong Kong.”
 
HKTB kini sedang bekerjasama dengan Kerajaan SAR Hong Kong dan industri pelancongan untuk bersiap siaga membuka semula perjalanan masuk ke Hong Kong, serta menyambut pengunjung kembali dengan pelbagai pengalaman dan tawaran yang menarik.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20201008005488/en/Hong-Kong-Tourism-Board-Launches-a-Standardised-Hygiene-Protocol-to-Assure-Visitors-of-a-Safe-and-Healthy-Stay​

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Emilina Jedin 
Tel: (+6018) 287 1458
Emel: farhaemilina.jedin@ogilvy.com

Hazel Lim
Tel: (+6019) 278 2213 
Emel: hazel.lim@ogilvy.com 

SUMBER: Hong Kong Tourism Board

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.