ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  INDUSTRI TAKAFUL TEMPATAN KEKAL POSITIF DENGAN AMALAN NORMA BAHARU DALAM MENEMPUH PANDEMIK

Wednesday 28/10/2020



KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Industri Takaful tempatan tetap kekal positif dalam menempuh pandemic COVID 19 yang sedang melanda negara kita tahun ini, kata Persatuan Takaful Malaysia (MTA).

“Dengan norma baharu, industri telah menggerakkan beberapa initiatif untuk meringankan beban masyarakat antaranya ialah Dana Uji Covid-19 (MyCTF) bernilai RM 8 Juta oleh MTA, Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Peperiksaan Asas Takaful secara jarak jauh (TBE) oleh MTA dan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM),  penangguhan pembayaran sumbangan Takaful / premium insurans oleh MTA dan LIAM, dan pelbagai faedah tambahan yang ditawarkan oleh pengendali Takaful kepada mereka yang terkena wabak tersebut.” kata Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Encik Muhammad Fikri Mohamad Rawi di dalam ucapan beliau untuk Takaful StarNite 2020 secara maya hari ini.

“Kami tidak dapat menafikan kenyataan bahawa keadaan sukar ini telah memberi impak besar kepada ekonomi negara termasuk industri Takaful. Namun, industri telah mengadaptasikan  teknologi dalam mempromosikan Takaful secara digital, ”kata Fikri.

MTA juga telah mengumumkan prestasi industri Takaful untuk tempoh Januari 2020 hingga Jun 2020 Takaful StarNite 2020 yang disiarkan buat pertama kalinya secara maya melalui laman Facebook Persatuan hari ini.

Timbalan Pengerusi MTA, Encik Elmie Aman Najas berkata “Industri takaful telah mencapai RM 286.2 bilion untuk nilai perlindungan baharu Takaful dan jumlah sumbangan perniagaan baharu sebanyak RM 3.19 bilion untuk semua sijil yang digabungkan dalam tempoh dari Januari 2020 hingga Jun 2020. Nilai perlindungan telah meningkat sebanyak 0.97% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2019”.
 
Peningkatan sebanyak 19.1% untuk Nilai Perlindungan Perniagaan Yang Berkuatkuasa bagi Takaful Keluarga dari Januari hingga Jun 2020 iaitu RM 1.02 trilion berbanding tahun 2019 pada tempoh yang sama yang hanya mencecah RM 0.96 trilion. Ini merupakan pemangkin hebat bagi industri ini untuk terus maju dan berusaha sedaya upaya.
 
"Prestasi industri Takaful Keluarga untuk tahun 2020 mencerminkan bahawa rakyat Malaysia semakin selesa dengan konsep Takaful yang dibuktikan dengan penerimaan perlindungan Takaful yang lebih tinggi sebagai pilihan untuk perlindungan", kata Elmie.
 
Bagi Takaful Am, jumlah Kasar Sumbangan Perniagaan mencatatkan sedikit pertumbuhan dalam tempoh Januari 2020 hingga Jun 2020 iaitu 0.6% yang berjumlah RM 1.64 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019 iaitu RM 1.63 bilion.
 
Untuk memanfaatkan sepenuhnya digitalisasi terutamanya ketika pandemik, Takaful StarNite 2020 diadakan secara maya untuk pertama kalinya. Takaful StarNite adalah acara tahunan khas Takaful untuk meraikan pencapaian industri yang telah menyumbang ke arah kemajuan industri Takaful. Evolusi Baru Millenial telah diangkat sebagai tema untuk Takaful StarNite 2020 yang membawa erti bahawa industri menyambut mesra warga belia yang datangnya dari generasi millennial. Pada masa yang sama, industri juga perlu berevolusi dalam memenuhi keperluan generasi yang celik tentang dunia teknologi maklumat ini,

Sebanyak 26 anugerah telah dianugerahkan kepada mereka yang telah mencapai prestasi yang luar biasa dalam menyumbang kepada perkembangan industri Takaful pada tahun 2019. Anugerah tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Perniagaan Individu Takaful Keluarga, Perniagaan Kumpulan Takaful Keluarga, Takaful Am, Bancatakaful, Institusi dan anugerah Khas. 

Mengenai MTA

Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah ditubuhkan pada November 2002 di bawah Akta Pertubuhan 1966. Ia merupakan persatuan perdagangan yang mewakili semua 18 pengendali Takaful dan Retakaful berlesen di negara ini. Objektif dan kuasa MTA adalah untuk menggalakkan kepentingan ahli-ahlinya untuk mengetuai dan mengawasi pengawalseliaan kendiri dalam industri Takaful
 

SUMBER : Persatuan Takaful Malaysia (MTA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Siti Nor Kamariah Ishak

Head of Corporate Communications
Malaysian Takaful Association
Tel  : +603-2031 8160 / +601137475361
Faks : +603-2031 8170
E-mel : mtasecretariat@malaysiantakaful.com.my  

--BERNAMA

  

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.