ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  ZYNGA LANCAR HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS DI KOREA SELATAN

Thursday 21/01/2021



Table
 
 
Zynga Lancar Harry Potter: Puzzles & Spells di Korea Selatan (Grafik: Business Wire)​


Permainan mudah alih yang disukai ramai dan memenangi anugerah itu telah dikeluarkan di Apple App Store dan Google Play di Korea Selatan

SAN FRANCISCO, 21 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA):

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210119005175/en/

SIAPA:

Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa Harry Potter: Puzzles & Spells telah dilancarkan di Korea Selatan. Dilesenkan secara rasmi dari Warner Bros. Games dan diterbitkan di bawah label Portkey Games, permainan mudah alih yang telah memenangi anugerah ini telah mula dikeluarkan kepada pemain di Korea Selatan, yang disetempatkan sepenuhnya dalam bahasa Korea.

APA:

Penerima bagi sebuah Anugerah Google Play 2020 untuk Permainan Kasual Terbaik dan Anugerah Pilihan Editor Apple App Store, Harry Potter: Puzzles & Spells kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play di Korea Selatan. Pemain di rantau ini boleh mengakses semua kandungan semasa dan yang dikeluarkan sebelum ini, yang menampilkan lebih daripada 1,000 teka-teki Match-3 yang dipenuhi dengan magik yang diilhamkan oleh kisah Harry Potter dan dunia sihir.

Di samping pelancaran permainan itu di Korea Selatan, semua pemain bagi permainan itu boleh mengakses penyesuaian avatar baharu yang diilhamkan oleh artis rakaman dan peminat Harry Potter, Zayn Malik. Penyesuaian ini, termasuk pilihan janggut, anting-anting, bulu kening, rambut dan mata yang baharu, telah dibangunkan untuk mewujudkan avatar Malik pada Disember, dan kini dilancarkan di dalam permainan untuk semua pemain.

PETIKAN:

Harry Potter: Puzzles & Spells telah mendapat anugerah dan pengiktirafan bagi permainannya yang menarik dan gambaran autentik mengenai watak, lokasi dan keajaiban bagi siri yang disayangi itu,” kata Bernard Kim, Presiden bagi Penerbitan di Zynga. “Namun ia juga membawa satu semangat persaingan kepada Dunia Sihir, ketika pemain menyertai Kelab-kelab dalam permainan dengan peminat lain untuk meningkat di dalam ranking bagi papan pendahulu peringkat global. Ketika sebahagian daripada pemain yang paling gemar dan kompetitif di dunia, kami sangat teruja untuk mengalu-alukan pemain di Korea Selatan untuk menikmati pertandingan magik, komuniti dan Kelab bagi Harry Potter: Puzzles & Spells.”

LATAR BELAKANG:

Dalam Harry Potter: Puzzles & Spells, pemain memasuki satu pengembaraan Match-3 yang penuh dengan mantera, humor, warna dan watak dari siri Harry Potter. Menampilkan runut bunyi dan rakaman suara daripada filem-filem asal Harry Potter, peminat mengikuti sebuah penceritaan semula yang asal dari pengembaraan Harry melalui dunia sihir. Mendapatkan mantera dan dorongan istimewa ketika mereka bergerak maju, pemain menyelesaikan teka-teki Match-3 yang dipenuhi dengan Katak-katak disaluti Coklat yang melompat, Kunci Bersayap yang berdebaran, memerangi kepingan catur sihir dan rintangan dan objek lain yang tidak dijangka. Dalam semangat keakraban dan persaingan persahabatan di Hogwarts, pemain boleh bergabung atau membentuk kelab dengan peminat lain untuk bersosial, bekerjasama di dalam strategi teka-teki, berkongsi kehidupan dan bersaing untuk mendapatkan  hadiah dalam Acara-acara Kelab yang eksklusif.
 
Harry Potter: Puzzles & Spells boleh dimainkan pada peranti iOS dan Android di seluruh dunia, serta di Amazon Kindle dan Facebook. Untuk maklumat lanjut dan untuk berhubungan dengan peminat lain, ikuti kami di FacebookInstagram dan Twitter, dan lawat laman web permainan itu di www.harrypotterpuzzlesandspells.com.

ASET SOKONGAN:

Aset visual sokongan boleh didapati di: http://bit.ly/HPPS_SouthKoreaLaunch

Maklumat mengenai Zynga  

Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia melalui permainan. Sehingga kini, lebih daripada satu bilion orang telah memainkan francais Zynga termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Permainan Zynga boleh didapati di lebih daripada 150 buah negara dan boleh dimainkan merentasi platform sosial dan peranti mudah alih di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2007, syarikat itu beribu pejabat di San Francisco dengan mempunyai lokasi di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, India, Turki dan Finland. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter, InstagramFacebook atau di blog Zynga.

Maklumat mengenai Warner Bros. Games
 
Warner Bros. Games., satu bahagian daripada Warner Bros. Home Entertainment, Inc., adalah sebuah penerbit, pemaju, pemberi lesen dan pengedar ulung di seluruh dunia bagi kandungan hiburan utama untuk ruang interaktif merentasi semua platform, termasuk konsol, genggam, mudah alih dan berasaskan permainan komputer bagi kedua-dua tajuk permainan dalaman dan permainan pihak ketiga. Maklumat lanjut mengenai Warner Bros. Games boleh didapati di  https://www.wbgames.com/.
 
Maklumat mengenai Portkey Games
 
Portkey Games, dari Warner Bros. Interactive Entertainment, adalah sebuah label permainan yang dikhususkan untuk mewujudkan pengalaman Dunia Sihir mudah alih dan permainan video yang baharu yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhamkan oleh cerita asal J.K. Rowling. Portkey Games menawarkan kepada pemain dengan peluang untuk membuat pilihan naratif mereka sendiri dan terlibat dengan tetapan Dunia Sihir untuk mencipta pengalaman baharu dan unik. Label itu dicipta untuk membawa pemain dan peminat dengan pengalaman permainan baharu yang membolehkan mereka untuk menyelidiki ke dalam keajaiban Dunia Sihir dalam cara yang mendalam di mana mereka dapat menentukan kisah Dunia Sihir mereka sendiri.

WIZARDING WORLD, HARRY POTTER Publishing Rights © J.K. Rowling. HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS, PORTKEY GAMES, WIZARDING WORLD dan watak-watak HARRY POTTER, nama dan tanda yang berkaitan © dan ™ Warner Bros. Entertainment Inc. ™ Zynga Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara.

WB SHIELD: ™ & © Warner Bros. Entertainment Inc. (s20)

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210119005175/en/

Hubungi

HUBUNGAN MEDIA ZYNGA:
Dana Whitney | dwhitney@zynga.com

Sumber : Zynga Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.