ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  MUZAKARAH PAKAR "PERANAN SALING MELENGKAPI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENATIJAHKAN KEMAKMURAN"

Tuesday 13/04/2021



KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah mengadakan Muzakarah Pakar dengan tema “Peranan Saling Melengkapi Antara Lelaki Dan Wanita Menatijahkan Kemakmuran” secara dalam talian yang disiarkan secara langsung dalam pelbagai pentas media sosialnya pada Jumaat, 9 April 2021.

Muzakarah pakar ini antara lain bertujuan untuk mencungkil potensi peranan saling melengkapi antara lelaki dan perempuan dalam memakmurkan negara, baik dalam ruang lingkup keluarga; tempat kerja, mahupun masyarakat.   Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, menyampaikan ucapan tema yang antara lainnya menyentuh tentang konsep peranan saling melengkapi antara lelaki dan wanita dalam Islam; kedudukan lelaki dan wanita dari perspektif Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Keluarga Islam; dan, bagaimana peranan saling melengkapi antara lelaki dan wanita ini dapat meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Seramai tiga (3) orang pembentang iaitu Prof. Madya Dr. Khalif Muammar Bin A. Harris, Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains Peradaban Raja Zarith Sofea (RZS-CASIS) Universiti Teknolgi Malaysia; Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Binti Syed Ismail, Ketua Jabatan Siasah Syar’iyyah Universiti Malaya; Prof. Dr. Najibah Binti Mohd Zin dari Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan tiga (3) orang pengulas yang terdiri daripada pakar-pakar dalam isu-isu wanita, keluarga dan undang-undang yang berkaitan telah memberikan input masing-masing mengenai tema ini.  Antara cadangan yang diutarakan adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan Piagam Keharmonian Rumahtangga untuk memandu pasangan suami-isteri dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.  Piagam ini juga wajar dijadikan rujukan oleh majikan dan pembuat dasar dan undang-undang agar segala dasar dan undang-undang yang digubal menyokong kedua-dua belah pihak, lelaki dan wanita untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai ahli keluarga, warga kerja dan ahli masyarakat.

2. Memperkukuhkan institusi keluarga dengan usaha memperkasa fungsi wali (ketua keluarga) perlu dijadikan agenda negara kerana dipercayai “Lurus wali, luruslah ahli.”

3. Undang-undang Keluarga Islam perlu ditambahbaik dengan tujuan untuk memperkukuhkan institusi keluarga dan bukannya untuk menambahkan statistik perceraian.

4. Mewujudkan sistem sokongan yang wajar untuk membantu keluarga menguruskan konflik sama ada dalam bentuk kaunseling, mediasi mahupun ‘terapeutic intervention’.  Perlu diwujudkan prosedur yang sesuai untuk menangani konflik keluarga.  Institusi dan warga kerja yang mahir juga diperlukan untuk menyelesaikan konflik keluarga.

5. Dalam kes perceraian, perlu diwujudkan undang-undang seimbang yang mengutamakan penglibatan kedua-dua ibu bapa dalam semua perkara yang melibatkan anak-anak mereka.

6. Mengakui peranan saling melengkapi antara lelaki dan wanita di tempat kerja, bagi tujuan untuk meningkatkan produktiviti, sasaran 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor awam dan swasta hendaklah dicapai.

7. Bagi meningkatkan produktiviti juga, lelaki dan wanita perlu bekerja atas dasar ketakwaan dengan menjunjung tinggi amanah, muafakat dan memelihara ikhtilat (pergaulan).

8. Rang Undang-undang Berkaitan Akta Gangguan Seksual yang telah didraf oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu segera dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan demi melindungi wanita.

Muzakarah Pakar “Peranan Saling Melengkapi Antara Lelaki Dan Wanita Menatijahkan Kemakmuran” ini boleh ditonton di Facebook TVIKIM di https://www.facebook.com/tvikim/videos/358051465562898

Unit Perhubungan Korporat
13 April  2021

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Zarita Bt Kasim
Tel: 017 - 366 1496
E-mel: zarita@ikim.gov.my

Nama: Pn. Suzanahwati Sanil
Tel: 013 - 228 8992
E-mel: suzana@ikim.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.