ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  GERAKAN SEDIA BANTU KERAJAAN DALAM KEMAJUAN PENGAMBILAN VAKSIN

Friday 16/04/2021



KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Presiden Nasional GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau telah berbincang kemungkinan untuk membuka stesen pengambilan vaksin dalam satu perbincangan secara maya dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berharap Kementerian Kesihatan dapat kaji kebolehlaksanaan pendekatan ini di seluruh negara, terutama di kawasan luar bandar bagi memudahkan penduduk di kawasan tersebut.

"Kami juga bersedia untuk mencari lebih ramai doktor sukarelawan supaya proses pengambilan vaksin boleh mempercepatkan lagi," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Dominic Lau juga memuji kerajaan Malaysia antara negara yang sanggup membeli dos vaksin COVID-19 dengan jumlah yang banyak.

"Malaysia merupakan negara kedua tertinggi di Asia Tenggara dengan pembelian sebanyak 66.7 juta dos vaksin."

"Ini menunjukkan kerajaan Malaysia kini memang sangat prihatin terhadap rakyat dan berusaha keras agar negara kita bebas daripada COVID-19."

Pada masa yang sama, GERAKAN menyeru semua rakyat Malaysia agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

"Angka kes baharu COVID-19 di Malaysia semalam kembali mencatatkan angka melepasi 2000 selepas 41 hari dengan 2148 kes trend ini amat membimbangkan. Kami juga berasa kesal dan amat susah hati kerana masih ada segelintir rakyat Malaysia masih lagi degil dan tidak mamatuhi SOP."

"Kita dapat lihat semalam kes tidak mematuhi SOP di pasar malam dan bazar Ramadan berlaku. Diharapkan kerajaan dapat kaji semula dan memperketatkan lagi SOP di semua tempat berpotensi supaya penularan COVID-19 dapat di putuskan."

Sumber: Parti Gerakan Rakyat Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Andrew Chin
Executive secretary (Publicity)
Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Media and Communication Department
Tel: 03-92832380 / 012-2863986
Faks: 03-92832387
Gerakan website: http://gerakan.org.my/
Facebook: http://tinyurl.com/yfxpkf4
Twitter: http://twitter.com/gerakanmalaysia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.