ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LHDNM BERSOLIDARITI MENANGANI COVID-19 DENGAN MENYUMBANG KEPADA AKAUN AMANAH BENCANA

Friday 24/09/2021



KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bersolidariti menangani pandemik COVID-19 dengan menyumbangkan sebanyak RM459,590.00 kepada Akaun Amanah Bencana.
 
Majlis ringkas penyerahan sumbangan tersebut telah berlangsung pada 23 September 2021 di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur dan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM kepada YBhg. Dato’ Asri bin Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
 
Sumbangan yang diberikan secara sukarela oleh semua pegawai dan kakitangan LHDNM ini sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan dalam usaha memastikan penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Inisiatif ini juga merupakan  kesinambungan usaha LHDNM secara berterusan dalam memastikan kebajikan dan  kesejahteraan rakyat Malaysia terus terpelihara.

Adalah diharapkan agar sumbangan ini dapat membantu usaha kerajaan memerangi dan melandaikan jangkitan baharu COVID-19, sekaligus membantu kejayaan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 23 September 2021

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.