ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  AGROBANK BEKERJASAMA DENGAN NEKMAT BANTU NELAYAN KUALA KEDAH MENERUSI PROGRAM 'AGROBANK DAN KOMUNITI'

Monday 27/09/2021



Table
Penyerahan sumbangan misi bantuan Agrobank dan Komuniti disempurnakan oleh Kamarul Azlan Razak, Ketua Bahagian Komersial Agrobank Wilayah Utara  (dua dari kanan) kepada Tuan Haji Abdul Hamid  Bin Bahari, Pengerusi NEKMAT (dua dari kiri).  Acara penyerahan sumbangan turut disaksikan oleh Baharom Romli, Pengurus Cawagan Agrobank Kodiang (kiri) dan Norafizah Ani Abdullah, Ketua Bahagian Jualan dan Perkhidmatan Agrobank Wilayah Utara (kanan) 
 
KUALA KEDAH, Kedah, 27 Sept (Bernama) -- Prihatin dengan keadaan semasa dan kekangan ekonomi yang dihadapi oleh komuniti nelayan sepanjang tempoh COVID-19, Agrobank mengedarkan 600 kotak bantuan makanan menerusi Program Agrobank dan Komuniti pada sesi penyerahan sumbangan yang diadakan pada Jumaat, 24 September 2021  yang lalu kepada komuniti nelayan di Kuala Kedah, Kedah, yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini.
 
Inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) ini dijalankan bagi membantu mereka yang terjejas berikutan hilang punca pendapatan kerana tidak dapat ke laut untuk menangkap ikan dan terputus hubungan logistik berikutan arahan PKPD yang membabitkan hampir seluruh kawasan di mukim Kuala Kedah.
 
Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Bertepatan dengan slogan kami di Agrobank, ‘Sentiasa di Sisi Anda’, pastinya kami memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh komuniti nelayan di Kuala Kedah di mana kelangsungan kehidupan mereka terjejas akibat tidak dapat ke laut bagi mencari rezeki.  Justeru, diharapkan inisiatif program ‘Agrobank dan Komuniti’ ini dapat meringankan beban yang dihadapi komuniti nelayan di sana untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.”
 
“Kerjasama strategik di antara Agrobank dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah bersama NEKMAT pada hari ini adalah testimoni kesungguhan kami untuk terus membantu komuniti agro, khususnya di kalangan nelayan yang terkesan dengan situasi semasa dengan menyalurkan bantuan barangan berupa makanan asas seperti beras, susu, biskut, gula serta keperluan lain, dengan jumlah keseluruhan sumbangan yang bernilai RM49,000”, tambah beliau.
  
Sesi penyerahan sumbangan ini disempurnakan oleh Kamarul Azlan Razak, Ketua Bahagian Komersial Agrobank Wilayah Utara kepada Abdul Hamid Bahari, Pengerusi NEKMAT di Dewan Komuniti Nelayan, Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
 
Misi bantuan di Kuala Kedah ini merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat Agrobank menerusi program perdananya iaitu ‘Agrobank dan Komuniti’ yang dilancarkan dengan tujuan untuk mendekati dan menyantuni komuniti setempat di mana Agrobank beroperasi.
 
Mengenai Agrobank
 
Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dapat dilaksanakan menerusi kesemua 192 buah rangkaian untuk pelanggan Bank merangkumi 138 cawangan, 1 perbankan agro, 1 perbankan maya, 10 pusat pembiayaan komersial, 34 kiosk, 8 sudut & pusat agro.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my

*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank

 
Sumber: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam,
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217
Emel: shahreen.rahim@agrobank.com.my
 
Nama: Norzuleana Abdul Razak
Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam,
Jabatan Komunikasi Korporat, Agrobank
Tel: 03-2731 1655 / +60 12-271 2537
Emel: norzuleana@agrobank.com.my 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.