ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 17, 2024 -Rabu

 
  JSSI MELANTIK TREVOR MERSZEI SEBAGAI NAIB PRESIDEN BAGI PEMBANGUNAN PERNIAGAAN UNTUK APAC

Monday 27/09/2021



Table

JSSI melantik Trevor Merszei sebagai naib presiden bagi pembangunan perniagaan untuk APAC. (Foto: Business Wire)
 

CHICAGO, 27 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jet Support Services, Inc. (JSSI), penyedia bebas terkemuka bagi perkhidmatan sokongan penyelenggaraan dan kewangan untuk industri penerbangan perniagaan, telah melantik Trevor Merszei sebagai naib presiden bagi pembangunan perniagaan untuk rantau Asia Pasifik (APAC).

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210926005017/en/

Merszei membawa bersama lebih 14 tahun pengalaman di dalam jualan jet perniagaan, pemasaran, dan kepimpinan eksekutif antarabangsa. Berpusat di Thailand, peranan beliau akan ditumpukan kepada meningkatkan kesedaran mengenai penawaran utama syarikat itu di rantau berkenaan, termasuk Conklin & de Decker, Khidmat Nasihat JSSI, Alat Ganti & Pemajakan JSSI, dan perisian pengesanan penyelenggaraan SierraTrax.

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Trevor ke dalam pasukan kami di APAC ketika JSSI terus mengembangkan rangkaian perkhidmatan mereka kepada pemilik dan pengendali pesawat,” kata Mark Winzar, naib presiden kanan JSSI bagi pembangunan perniagaan untuk EMEA dan APAC. “Kepimpinan dan kedalaman pengetahuan beliau mengenai pasaran akan menjadi sangat bernilai di dalam era pasca-Covid, membantu untuk bukan hanya menyokong peserta baharu ke dalam sektor kami tetapi juga pelanggan yang sedia ada di dalam rantau itu.”

“Saya amat bangga untuk menyertai JSSI ketika syarikat itu terus memperkayakan pengalaman pemilikan pesawat dengan produk dan perkhidmatan yang berinovatif untuk menyokong pelanggan kami di seluruh rantau ini. Saya melihat banyak peluang yang menarik di hadapan kami untuk menyokong pemilik dan pengendali di setiap peringkat dalam kitaran hayat pesawat itu,” kata Merszei.

Dengan latar belakang profesional yang unik menjangkau daripada luncur salji yang kompetitif kepada lakonan sitkom, Merszei sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di OrientSKYs, sebuah syarikat jet sewa khas yang berpusat di Bangkok, di mana beliau menyelia pengambilalihan penting termasuk Gulfstream G650 yang pertama pernah dimiliki di dunia, dan Jet Perniagaan Boeing yang pertama yang dimiliki persendirian di Thailand.

AKHIR

Maklumat mengenai Jet Support Services, Inc.

Selama lebih 30 tahun, Jet Support Services, Inc. (JSSI), telah menjadi penyedia bebas terkemuka bagi perkhidmatan sokongan penyelenggaraan dan kewangan kepada industri penerbangan perniagaan. JSSI bertanggungjawab untuk menyelenggara lebih dari 2,000 jet perniagaan, jet wilayah dan helikopter merentasi seluruh dunia dan melayani pelanggan melalui satu infrastruktur penasihat teknikal yang diperakui. JSSI memanfaatkan pengetahuan teknikal, pengalaman, kuasa membeli dan data ini untuk menyediakan sokongan di setiap peringkat kitaran hayat pesawat itu; dari pemerolehan pesawat sehingga kepada menanggalkan pesawat dan bahagiannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari jetsupport.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20210926005017/en/

Hubungi

Maklumat hubungan

Chiara Lawrance / Ali Gibson / Jane Lindsay
8020 Communications
+44 (0) 1483 447380
JSSI@8020comms.com

Tom Morton
JSSI
+1 312.644.8779
tmorton@jetsupport.com

Sumber : JSSI

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.