ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  LHDNM TIADA KAITAN DENGAN DAKWAAN KEBOCORAN DATA PEMBAYAR CUKAI MELALUI MYIDENTITY

Tuesday 28/09/2021



CYBERJAYA, 28 Sept (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menafikan laporan dalam satu portal yang mendakwa empat juta data yang bocor diperolehi daripada laman sesawang LHDNM melalui Application Programming Interfaces (API) yang dibuat untuk myIDENTITY di bawah seliaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sebagai makluman, LHDNM hanya merupakan pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem myIDENTITY tersebut.
 
Siasatan dalaman telah dijalankan dan mendapati TIDAK berlaku sebarang kebocoran data dan maklumat seperti yang didakwa. LHDNM juga sedang bekerjasama dengan pihak JPN dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melihat semua kemungkinan berkenaan dakwaan ini.
 
LHDNM memberikan jaminan semua data dan maklumat yang berada dalam simpanan LHDNM adalah selamat kerana ia dilindungi dengan teknologi keselamatan data yang diiktiraf.
 
LHDNM amat kesal dengan laporan dan dakwaan berkenaan kerana ia boleh menghakis keyakinan orang ramai khususnya pembayar cukai terhadap keselamatan data dan maklumat mereka.
 
LHDNM juga ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan perkara yang tular seumpama ini dan turut tidak menolak kemungkinan ia dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan niat untuk mengelirukan dan menipu masyarakat.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ 


Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 28 September 2021


SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tel : 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.