ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  CR2: MENGGUNA PAKAI SEBUAH PLATFORM PERBANKAN DIGITAL TANGKAS: PERBAIK INOVASI, MENCIPTA NILAI BAHARU DAN MENINGKATKAN KEUNTUNGAN

Wednesday 19/01/2022



DUBLIN, Ireland, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Laporan matlamat pasaran terkini CR2 (www.cr2.com), Menggunakan sebuah Platform Perbankan Digital yang Tangkas’ telah ditulis dengan kerjasama Stessa Cohen (www.pivotassets.co), seorang pakar yang diiktiraf di peringkat antarabangsa mengenai transformasi digital bagi industri perbankan global.

Dalam laporan itu, Stessa mengenal pasti cara bagaimana bank harus mempunyai sebuah platform perbankan digital yang tangkas untuk menyokong trend dan keperluan global dan tempatan, membantu mereka untuk mengenal pasti pasaran khusus baharu yang akan memacukan inovasi, mencipta nilai baharu dan meningkatkan keuntungan. Laporan itu mengenal pasti satu set keupayaan yang mesti ada pada sebuah platform perbankan digital yang akan membantu membawa bank ke suatu masa depan yang kompetitif dan menggesa bank untuk memilih rakan perbankan digital yang berkongsi inovasi, visi dan sokongan mereka untuk penciptaan nilai baharu.

Laporan itu melihat bagaimana pasaran khusus mendorong bank untuk berinovasi – untuk melampaui menyokong urus niaga perbankan asas dan perlu – pada platform perbankan digital yang sama. Dengan memahami pelanggan dalam cara baharu, bank boleh memanfaatkan trend teknologi global dan tempatan yang sesuai untuk menarik pelanggan baharu dan meningkatkan keuntungan. Jika tidak, pesaing, bank pencabar dan fintech akan segera melangkah ke pasaran khusus yang disasarkan oleh bank.

Stessa membincangkan cara bagaimana, bank perlu bukan sahaja sebuah platform perbankan digital yang bersedia untuk penyesuaian, penyepaduan dan pengenalpastian pasaran baharu, tetapi juga sebuah rakan vendor yang boleh menyediakan pembangunan dan kepakaran perbankan yang mungkin tidak dimiliki oleh bank itu. Vendor platform perbankan digital, seperti CR2, yang menyokong keupayaan ini melakukan lebih daripada menyampaikan urus niaga perbankan dan pembayaran. Mereka mencipta satu laluan untuk bank mencipta nilai baharu - untuk kedua-dua bank dan pelanggan.

Untuk memuat turun laporan “Menggunakan sebuah Platform Perbankan Digital yang Tangkas” klik pautan berikut: 
http://knowledge.cr2.com/adopt-an-agile-digital-banking-platform

Maklumat mengenai CR2

CR2 menyediakan kepada bank dengan penyelesaian Digital, Layan Diri dan Pembayaran untuk mengembangkan perniagaan mereka, mengoptimumkan kos perkhidmatan pelanggan mereka dan menyampaikan satu pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan. Beribu pejabat di Ireland, kami membolehkan lebih 100 bank di 60 buah negara berhubung dan melibatkan diri dengan lancar dengan pelanggan mereka di saluran perbankan paling kritikal pada hari ini.
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20220118005901/en/ 


Hubungi

Jika anda ingin maklumat lanjut atau mahu mengatur satu temu bual dengan seorang wakil, sila hubungi nige@seventeen59pr.com

Sumber : CR2

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.