ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TOSHIBA KELUARKAN GEGANTI FOTO YANG MENAMPILKAN KUASA INPUT RENDAH DAN SUHU KENDALIAN TINGGI YANG SESUAI UNTUK METER PINTAR

Wednesday 19/01/2022



Table

Toshiba: geganti foto baharu TLP223GA dan TLP223J menampilkan kuasa input rendah dan suhu kendalian tinggi yang sesuai untuk meter pintar. (Grafik: Business Wire)


KAWASAKI, Jepun, 19 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah melancarkan dua geganti foto, “TLP223GA” dan “TLP223J,” dengan satu penarafan voltan terminal keluaran keadaan-MATI, masing-masing 400V dan 600V. Kedua-duanya menampilkan kuasa input rendah, ciri-ciri pensuisan yang dipertingkatkan dan ditempatkan dalam sebuah pakej DIP4. Penghantaran bermula hari ini.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220117005132/en/

Produk baharu itu didatangkan dengan sebuah LED kecekapan bercahaya tinggi yang dibangunkan oleh Toshiba dan mempunyai arus LED pencetus maksimum sebanyak 2mA. Ini adalah kira-kira 33% lebih rendah daripada produk semasa[¹]  dan membenarkan kuasa input rendah.

Operasi yang lebih pantas dijamin oleh ciri-ciri pensuisan yang lebih rendah (masa hidup, masa tutup): 50%[²untuk TLP223GA dan 75%[²bagi TLP223J.

Penarafan suhu kendalian maksimum mereka telah dilanjutkan daripada 85°C kepada 110°C, sesuai untuk digunakan di dalam peralatan yang dipasang di luar rumah, seperti meter pintar. Satu voltan pengasingan maksimum 5000Vrms membolehkan penggunaan di dalam peralatan yang memerlukan prestasi pengasingan yang tinggi.
 
Nota:
[1] Produk semasa: TLP240GA, TLP240J
[2] Perbandingan masa hidup dan masa tutup maksimum dengan produk semasa di atas.

Penggunaan
 

• Meter pintar
• Sistem keselamatan (PIR[³dsb.)
• Peralatan industri (pengawal logik boleh atur cara, antara muka I/O, pelbagai kawalan sensor, dsb.)
• Membina sistem automasi
• Penggantian bagi geganti mekanikal
 
[3] PIR (Sinar Inframerah Pasif): Sensor pasif, yang mengesan akses manusia melalui variasi sinaran inframerah

Ciri-ciri
 
• Kuasa input rendah: IFT=2mA (maksimum), VF=1.5V (maksimum)
• Kendalian berkelajuan tinggi:
tON=1ms (maksimum) (TLP223GA)
tON=0.5ms (maksimum) (TLP223J)
• Penarafan suhu kendalian tinggi: Topr  (maksimum)=110°C
• Voltan pengasingan tinggi: : BVS=5000Vrms (min)
 
Spesifikasi Utama 

Table


Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu itu.
TLP223GA
TLP223J
 
Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang peranti semikonduktor optik Toshiba.
Pengasing/Geganti Keadaan Pepejal
 
Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu di pengedar dalam talian, sila layari:
TLP223GA
TLP223J
 
Pertanyaan Pelanggan

Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-44-548-2218
Hubungi Kami
 
* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
 
Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
Seramai 22,000 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu keazaman untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan kini melebihi 710 bilion yen (AS$6.5 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangun dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik bagi semua orang di mana sahaja.
Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220117005132/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Tel: +81-44-549-8361
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.