ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  YILI BERGERAK UNTUK MEMAJUKAN MATLAMAT KENEUTRALAN KARBON MEREKA MERENTASI RANTAIAN PERINDUSTRIAN SEBELUM 2050

Wednesday 13/04/2022

AsiaNet 95429

Table

Kumpulan Yili



HOHHOT, China, 13 April, 2022 /Xinhua-AsiaNet/--

- Yili menjadi syarikat makanan pertama di China yang mengumumkan Pelan Hala Tuju mereka kepada sebuah Masa Depan Sifar Bersih Karbon.
 
- Menurut Pelan Hala Tuju itu, tugas digariskan untuk tahun 2030, 2040 dan 2050.
 
Pada 8 April, Yili menerajui industri makanan China untuk melancarkan Rancangan mereka bagi sebuah Masa Depan Sifar Bersih Karbon dan Pelan Hala Tuju kepada sebuah Masa Depan Sifar Bersih Karbon.
 
Pan Gang, Pengerusi dan Presiden bagi Kumpulan Yili, berkata bahawa Yili telah mencapai kemuncak bagi pelepasan karbon pada tahun 2012 dan komited untuk mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2050 dengan sasaran ditetapkan untuk tahun 2030, 2040 dan 2050.
 
Pada hari yang sama, Perikatan Sifar Bersih Karbon Kumpulan Yili telah dirasmikan dengan 43 rakan strategik global Yili, yang ditanda dengan satu persidangan dalam talian. Dengan Perkongsian Kesihatan Bersepadu Dunia: Satu Inisiatif Pembangunan Mapan oleh Kumpulan Yili, Yili telah menyertai rakan-rakan merentasi rantaian perindustrian ke arah sebuah masa depan sifar bersih. Antara mereka, Tetra Pak, FrieslandCampina, Chr. Hansen, Roquette dan empat pembekal lain telah diiktiraf sebagai Perintis Karbon Rendah di dalam Rantaian Bekalan Global Yili.
 
Dalam Pelan Hala Tuju itu, Yili menggariskan satu laluan ke arah kitaran hayat lengkap keneutralan karbon dalam tiga fasa.
 
Menjelang tahun 2030, satu model operasi untuk pembangunan hijau, rendah karbon dan membulat akan mula terbentuk di Yili dan kecekapan tenaga akan meningkat dengan ketara.
 
Menjelang tahun 2040, kemajuan luar biasa akan dicapai ke arah pertumbuhan hijau di keseluruhan rantaian perindustrian Yili. Kecekapan tenaga di peringkat korporat akan mencapai tahap terkemuka dunia.
 
Menjelang tahun 2050, Yili akan menjadi sebuah perusahaan hijau, rendah karbon dan membulat dengan satu sistem tenaga berkualiti tinggi yang bersih, bebas pelepasan, selamat dan cekap. Kecekapan tenaga bagi keseluruhan rantaian perindustrian mereka akan mencapai satu tahap yang terkemuka di dunia.
 
Selama bertahun-tahun, Yili telah mementingkan matlamat keneutralan karbon mereka dan telah mengambil tindakan yang berkesan untuk mengurangkan pelepasan karbon merentasi rantaian perindustrian itu. Pan Pan Gang mula-mula mengemukakan konsep “kepimpinan hijau” pada Forum Davos Musim Panas yang pertama pada tahun 2007. Kemudian pada tahun 2009, strategi rantaian perindustrian hijau telah dicadangkan, mengintegrasikan pengeluaran hijau, penggunaan hijau dan pembangunan hijau. Sebagai syarikat pertama di dalam industri makanan yang melancarkan penilaian inventori karbon korporat pada tahun 2010, Yili telah meneruskan penilaian seperti itu selama 12 tahun berturut-turut setakat ini. Pada 24 Oktober, 2020, Yili menjadi syarikat makanan pertama di China yang beriltizam sendiri terhadap keneutralan karbon sebagai tindak balas kepada matlamat China untuk memuncak pelepasan CO2 menjelang tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060. Pada 31 Disember, 2021, Yili mengadakan satu upacara untuk melancarkan Kecerdasan Masa Depan mereka dan Lembah Kesihatan di Hohhot, Wilayah Berautonomi Inner Mongolia, projek lima bintang pertama di China untuk keneutralan karbon.
 
Pada 28 Disember, 2021, Yili telah menerima pensijilan PAS 2060 untuk keneutralan karbon daripada Bureau Veritas, yang pertama di dalam industri itu. Bureau Veritas mengiktiraf bahawa Yili telah mencapai kemuncak bagi pelepasan karbon pada tahun 2012.
 
Tahun ini, Yili sekarang mempunyai kilang sifar bersih pertama di dalam industri makanan China, susu sifar bersih pertama di negara itu, dan dua “kilang sifar bersih” yang pertama di dalam industri susu tepung China.
 
Yili akan meneruskan keneutralan karbon sebelum tahun 2050 dalam fasa strategik mereka yang seterusnya. Sebagai satu daripada 5 jenama tenusu global Utama dan syarikat tenusu terbesar di Asia, Yili akan berusaha untuk pembangunan yang saling menguntungkan di sepanjang rantaian perindustrian mereka dan mewujudkan lebih banyak nilai sosial dan pada masa yang sama memastikan pembangunan mereka yang berkualiti tinggi. Yili akan bekerjasama dengan rakan-rakan merentasi keseluruhan rantaian perindustrian untuk menjadikan masa depan sifar bersih satu kenyataan.
  
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
 
Link: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=419012
 
Kapsyen: Kumpulan Yili

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.