ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  HAPPYFRESH MENGUBAH KEUPAYAAN GUDANG SECARA DIGITAL DENGAN BLUE YONDER

Tuesday 17/05/2022



Syarikat peruncitan dalam talian terkemuka di Asia Tenggara kini dikuasakan oleh WMS Blue Yonder


JAKARTA, Indonesia & SCOTTSDALE, Ariz., 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tabiat membeli-belah barangan runcit oleh pengguna berubah akibat daripada pandemik COVID-19 dengan ramai yang memilih untuk menggunakan kaedah penghantaran. Bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk perkhidmatan mereka, HappyFresh, sebuah syarikat permulaan runcit dalam talian, mengubah operasi gudang mereka secara digital dengan sistem pengurusan gudang (WMS) Blue Yonder.

HappyFresh menyasarkan untuk menjadikan proses membeli-belah lebih mudah dengan penghantaran barangan runcit ambien dan segar di sekitar bandar raya dalam tempoh masa satu jam. Syarikat itu mengendalikan kumpulan penghantaran mereka sendiri dan kakitangan mereka memilih barangan runcit dari pusat-pusat pemenuhan mikro yang berdekatan dengan alamat penghantaran pelanggan mereka. HappyFresh mempunyai 544 orang pekerja merentasi Indonesia, Malaysia dan Thailand.

HappyFresh sedang mencari cara untuk mempercepatkan transformasi digital dan inovasi mereka; menyesuaikan diri secara proaktif dengan keutamaan pelanggan, termasuk masa penghantaran yang fleksibel, pengendalian pesanan tersuai dan tindak balas masa nyata; dan meningkatkan tumpuan kepada kelestarian sosial. Rakan pelaksanaan bagi projek itu ialah Super Globalindo Viktoria (SGV), sebuah pakar industri eRuncit yang membawa kekuatan industri, teknikal, operasi, inovatif dan penyepaduan kepada pelaksanaan dengan sumber berasaskan pasukan dan perkhidmatan kepakaran industri tempatan.

HappyFresh mula beroperasi di WMS Blue Yonder di pusat kemudahan runcit mereka yang pertama pada tahun 2021 dan sejak itu telah mula beroperasi di pusat-pusat mereka di Indonesia, Malaysia dan Thailand. HappyFresh akan melancarkan pusat-pusat kemudahan runcit tambahan pada tahun 2022, serta sebuah pusat pengedaran untuk menyokong pusat-pusat kemudahan runcit di Indonesia.

Dengan Blue Yonder, HappyFresh telah dapat:
  • Mengukur dan mengoptimumkan barisan pesanan pemilihan mereka secara berterusan sehingga ke saat akhir, mengurangkan masa keseluruhan pesanan dan proses pemenuhan bagi memastikan ia memenuhi serahan penghantaran dalam masa satu jam.
  • Meningkatkan produktiviti memilih pesanan bagi pengendali mereka dengan mengoptimumkan aliran kerja mereka untuk menghapuskan masa yang terbuang dan langkah-langkah yang tidak produktif untuk produk yang bergerak pantas.
  • Mengurangkan masa perjalanan di antara tugasan dengan membenarkan pengendali pemilihan mereka untuk memulakan tugasan mereka yang seterusnya di mana tugasan mereka yang sebelum ini berakhir, dan bukannya berjalan kembali ke tempat permulaan.
“Mewujudkan satu strategi pemenuhan pesanan yang lebih produktif dan cekap telah menjadi satu tumpuan yang semakin penting bagi kami, terutamanya dengan permintaan penghantaran ditetapkan dalam masa satu jam sahaja. Di samping itu, kekurangan tenaga buruh dan cabaran pengambilan pekerja pada masa ini telah meningkatkan keperluan untuk meningkatkan produktiviti memilih di barisan pesanan. WMS Blue Yonder membolehkan kami untuk menjalankan pelbagai kaedah pemilihan seperti Pemilihan Pesanan Tunggal dan Pemilihan Mengikut Zon, yang membantu kami untuk memaksimumkan kelajuan pemenuhan dan produktiviti untuk terus memenuhi keperluan pengguna kami yang berubah-ubah pada masa yang mencabar ini,” kata Mesut Keleş, naib presiden kanan Rantaian Bekalan, HappyFresh.

WMS Blue Yonder telah membolehkan HappyFresh untuk menguruskan operasi pengurusan gudang mereka dengan lebih berkesan. Ini termasuk penjadualan dan pelaporan tenaga pekerja yang lebih baik bagi memaksimumkan prestasi pekerja dan operasi kemudahan, serta keupayaan untuk merancang dan melaksanakan proses pengurusan gudang runcit, memberikan kakitangan gudang lebih kebolehlihatan ke dalam inventori.

“WMS kami telah meletakkan HappyFresh pada satu kelebihan daya saing yang penting untuk mengembangkan bahagian pasaran dengan berjaya memenuhi permintaan pengguna yang berubah-ubah. Ini seterusnya memberikan mereka kuasa membeli yang lebih baik dengan pembekal mereka, kerana jumlah pesanan mereka yang lebih besar membawa kepada harga yang lebih baik. Selain itu, menambah baik proses pemilihan bagi pekerja mereka telah membantu mengekalkan dan menarik bakat yang mereka perlukan untuk berkembang,” kata Antonio Boccalandro, presiden APAC, Blue Yonder.

Sumber Tambahan:
Maklumat mengenai Blue Yonder

Blue Yonder adalah peneraju dunia di dalam rantaian bekalan digital dan pemenuhan perdagangan saluran pelbagai arah. Platform pintar dari hujung ke hujung kami membolehkan peruncit, pengeluar dan penyedia logistik untuk meramal, memangsi dan memenuhi permintaan pelanggan dengan lancar. Dengan Blue Yonder, anda dapat membuat keputusan perniagaan yang lebih automatik dan menguntungkan yang menyampaikan pertumbuhan yang lebih besar dan pengalaman pelanggan yang boleh dibayangkan semula. Blue Yonder - Penuhi Potensianda blueyonder.com

“Blue Yonder” adalah sebuah tanda perdagangan atau tanda perdagangan berdaftar bagi Kumpulan Blue Yonder, Inc. Sebarang nama perdagangan, produk atau perkhidmatan yang dirujuk di dalam dokumen ini yang menggunakan nama “Blue Yonder” adalah satu tanda perdagangan dan/atau hak milik Kumpulan Blue Yonder, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain adalah merupakan tanda perdagangan, tanda perdagangan berdaftar atau tanda perkhidmatan bagi syarikat-syarikat yang bersekutu dengan mereka.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20220515005030/en/

Hubungi

Marina Renneke, APR, Pengurus Komunikasi Korporat
Tel: +1 480-308-3037, marina.renneke@blueyonder.com

Sumber : Kumpulan Blue Yonder, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.