ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TTI MELANTIK ROSS GILARDI SEBAGAI NAIB PRESIDEN KANAN BAGI KEWANGAN - PERHUBUNGAN PELABUR

Wednesday 18/05/2022



HONG KONG, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin global di dalam Peralatan Profesional tanpa kord, Peralatan DIY dan Peralatan Kuasa Luaran, Techtronic Industries Co. Ltd. (“TTI” atau “Kumpulan” itu) (kod saham: 669, simbol ADR: TTNDY) dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan Encik Ross Gilardi ke jawatan Naib Presiden Kanan bagi Kewangan - Perhubungan Pelabur, berkuat kuasa 5 Julai, 2022. Encik Gilardi akan berpangkalan di Amerika Syarikat dan memikul tanggungjawab untuk Perhubungan Pelabur TTI di peringkat global. Beliau akan melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif Encik Joseph Galli.

Encik Gilardi menyertai pasukan itu selepas satu kerjaya yang cemerlang selama 23 tahun sebagai seorang penganalisis penyelidikan ekuiti yang dihormati dan dinilai tinggi dengan Bank of America – Merrill Lynch. Kerjaya penyelidikan ekuiti beliau yang cemerlang termasuk 4 tahun di United Kingdom dan 20 tahun di Amerika Syarikat di mana beliau disenaraikan sebagai seorang daripada penganalisis penyelidikan global utama di dalam kedua-dua tinjauan di Amerika Syarikat dan Pelabur Institusi Eropah merentasi pelbagai kategori industri. Beliau membawa banyak pengalaman industri dengan perhubungan pelabur global yang kukuh untuk peranan baharu beliau. Encik Gilardi mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dari Kolej Boston dan MBA dari Columbia Business School.

Encik Galli, Ketua Pegawai Eksekutif, berkata, “Sejak 18 bulan yang lalu, Ross telah membangunkan satu pemahaman yang menyeluruh tentang potensi besar TTI. Pengalaman Ross di dalam pasaran modal, dan digabungkan dengan perhubungan beliau yang kukuh di dalam komuniti kewangan global, akan menjadi satu aset yang hebat ketika kami terus mengembangkan pangkalan pelabur kami yang bertaraf dunia.”

Maklumat mengenai TTI

Ditubuhkan pada tahun 1985 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Limited pada tahun 1990, TTI adalah sebuah peneraju dunia di dalam teknologi tanpa kord yang merangkumi Peralatan Kuasa, Peralatan Kuasa Luar, Produk Pembersihan dan Penjagaan Lantai dan Penyelesaian untuk pengguna, profesional, dan pengguna industri di rumah, pembinaan, penyelenggaraan, perindustrian dan industri infrastruktur. Syarikat itu mempunyai asas yang dibina berdasarkan kepada empat pemacu strategik – Jenama yang Sangat Kuat, Produk Inovatif, Pekerja yang Luar Biasa dan Kecemerlangan Operasi - mencerminkan satu visi jangka panjang yang berkembang untuk memajukan teknologi tanpa kord. Strategi pertumbuhan global tanpa henti untuk mencapai inovasi produk telah membawa TTI kepada barisan hadapan bagi industri itu. Portfolio jenama TTI yang mantap termasuk MILWAUKEE, AEG dan produk peralatan kuasa, aksesori dan peralatan tangan dan produk luaran RYOBI, produk susun atur dan pengukuran EMPIRE, dan produk dan penyelesaian pembersihan dan penjagaan lantai HOOVER, ORECK, VAX dan DIRT DEVIL.

TTI adalah satu daripada saham induk bagi Indeks Hang Seng, Indeks FTSE RAFI™ All-World 3000, Indeks FTSE4Good Developed dan Indeks MSCI ACWI. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ttigroup.com.

Semua tanda perdagangan yang disenaraikan selain AEG dan RYOBI adalah dimiliki oleh Kumpulan itu. AEG adalah sebuah tanda perdagangan berdaftar bagi AB Electrolux (publ.), dan digunakan di bawah lesen. RYOBI adalah sebuah tanda perdagangan berdaftar milik Ryobi Limited, dan digunakan di bawah lesen.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220516005729/en/

Hubungi

Untuk pertanyaan perhubungan pelabur:
Hubungan Utama
Perhubungan Pelabur TTI
Tel: +1 (954) 541 9660
E-mel: ir@ttihq.com

Asia/Pasifik
Perhubungan Pelabur TTI
Tel: +(852) 2402 6888
E-mel: ir@tti.com.hk

Sumber : Techtronic Industries Co. Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.