ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  AGROBANK TERIMA ANUGERAH LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PEMATUHAN TERBAIK DARIPADA PAYNET UNTUK TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT

Wednesday 05/10/2022



Table
Anugerah ini telah disampaikan oleh Ken Yon, Pengarah Risiko dan Pematuhan PayNet (kiri) kepada Vincent Andrew, Ketua Bahagian Jaminan Kawal Selia Agrobank (kanan) dan Farahaini Jupri, Penolong Pengurus Bahagian Jaminan Kawal Selia Agrobank (tengah). 
 
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Agrobank menerima pengiktirafan selepas diumumkan sebagai penerima tempat pertama bagi Anugerah Penilaian Pematuhan Kendiri Terbaik oleh Payment Network Malaysia (PayNet) di bawah Kategori Bank Kecil bagi tahun 2021. Agrobank telah menerima Anugerah Penilaian Pematuhan Kendiri Terbaik untuk tiga tahun berturut-turut iaitu dari tahun 2019 sehingga tahun 2021.
 
Menurut Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, “Kami amat berbesar hati di atas pengiktirafan buat tahun ketiga berturut-turut ini. Anugerah ini membuktikan kecekapan kami dalam mengamalkan ‘budaya pematuhan’ di tempat kerja bagi memastikan kemampuan operasi Bank, ketepatan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) dan pematuhan yang kukuh. Ini menjadikan Agrobank sentiasa bertanggungjawab dalam pematuhan Bank sejajar dengan undang-undang, peraturan, garis panduan dan spesifikasi yang berkaitan dengan perniagaan Bank.”
 
“Garis panduan bagi Penilaian Pematuhan untuk Penyertaan Peraturan dan Prosedur Operasi untuk perkhidmatan PayNet mula diperkenalkan pada tahun 2013. Setiap tahun, Jabatan Pematuhan Kawal Selia Agrobank akan menjalankan penilaian untuk menilai pematuhan Bank terhadap Peraturan Penyertaan dan Prosedur Operasi yang dikeluarkan oleh PayNet,” kata Tengku Ahmad Badli Shah.
 
“Penilaian kendiri yang dihantar kemudiannya akan dinilai berdasarkan liputan dan skop kerja, ketidakpatuhan yang didedahkan, ketepatan pelaporan dan penilaian tematik sekali gus melayakkan Agrobank menerima pengiktirafan ini. Pengiktirafan ini membuktikan dedikasi kami di Agrobank untuk memastikan semua proses dan inisiatif kami adalah selari dengan objektif perniagaan serta keseluruhan strategi perniagaan Bank dalam mengurus risiko pematuhan dengan lebih baik,” tambah beliau.
 
Anugerah ini telah disampaikan oleh Ken Yon, Pengarah Risiko dan Pematuhan PayNet kepada Vincent Andrew, Ketua Bahagian Jaminan Kawal Selia Agrobank dan Farahaini Jupri, Penolong Pengurus Bahagian Jaminan Kawal Selia Agrobank ketika ‘PayNet Compliance Engagement Session 2022’ pada 21 September 2022.

Mengenai Agrobank

Agrobank adalah peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI)* di Malaysia. Ditubuhkan pada 1969, Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah merentasi pelbagai segmen pelanggan termasuk pelanggan korporat, komersial, konsumer, pembiayaan perdagangan dan pembiayaan mikro.  Agrobank merupakan sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya sejak 1 Julai 2015.
 
Sebagai sebuah IKP (Institusi Kewangan Pembangunan) yang berorientasikan pelanggan, fokus utama Agrobank adalah untuk mengukuhkan sektor pertanian.  Justeru itu, Agrobank beriltizam untuk bergerak seimbang dalam melaksanakan peranan pembangunan dan komersialnya bagi memanfaatkan sektor pertanian.  Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang menyeluruh untuk komuniti pertanian; merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan, pemasaran dan jualan produk pertanian kepada pengguna.
 
Agrobank juga menawarkan penyelesaian pembiayaan perbankan runcit untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti-pertanian. Ini dilaksanakan menerusi 207 rangkaiannya yang merangkumi 140 cawangan dan 67 rangkaian perbankan yang lain.

Pada tahun 2019, Agrobank meraikan ulang tahun Jubli Emas menandakan 50 tahun penubuhannya membangunkan industri agro.

www.agrobank.com.my
 
*VBI atau perantaraan berasaskan nilai merupakan satu inisiatif daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertujuan untuk menambah nilai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam bagi menggalakkan keusahawanan, kesejahteraan komuniti, kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi tanpa mengabaikan pulangan kepada para pemegang saham.

Sumber: Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Shahreen Rahim
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat
Agrobank
Tel: 03-2731 1660 / +6012-943 6217
Emel: shahreen.rahim@agrobank.com.my
 
Nama: Syarifah Syameen Syed Johari
Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam
Jabatan Komunikasi Korporat
Agrobank
Tel: 03-2731 1652 / +6012-310 1766
Emel: syameen@agrobank.com.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.