ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 17, 2024 -Rabu

 
  KLOOK MENERAJUI PEMULIHAN PELANCONGAN ASIA PASIFIK DENGAN PERTUMBUHAN PENDAPATAN KUKUH SEBANYAK QOQ 300% SELARI DENGAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAPANNYA

Thursday 06/10/2022



· Klook menggariskan trajektori pertumbuhan yang kukuh sejurus melihat momentum pelancongan merentas sempadan yang semakin meningkat serta kelonggaran sekatan sempadan APAC
· Penggandaan perjalanan yang memberi inspirasi dengan pengalaman baharu, acara berprestij dan peningkatan pada platform
· Bermula dari 29 September hingga 15 Oktober, pengguna boleh menikmati pelbagai tawaran pelancongan yang menarik dan berpeluang memenangi hadiah lumayan di Klook
· Di Malaysia, pelancong boleh memenangi pelbagai hadiah menarik dan berpeluang untuk mendapatkan tawaran perjalanan terbaik secara eksklusif di Starlight Festival, Resorts World Genting bermula 29 September hingga 15 Oktober, pada setiap hari dari Khamis hingga Sabtu bermula jam 6 petang hingga 11 malam

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Klook, platform kegiatan dan aktiviti pelancongan terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa terdapat peningkatan (lebih dari 300% pertumbuhan QoQ) pelancongan rentas sempadan di salah satu kawasan terkuatnya di Asia Pasifik ketika sambutan ulang tahunnya yang ke lapan. Sebagai sebahagian daripada sambutan ini, pelanggan Klook boleh menantikan pelbagai tawaran menarik dan juga ciri perjalanan baharu di platform. Sejajar dengan pelonggaran sekatan sempadan yang merentasi destinasi teratas APAC, Klook berhasrat untuk mengikuti trend ini dan membantu pengguna untuk meraih semula kegembiraan pengguna mereka untuk melancong selain mengenalpasti tawaran terbaik yang ada di setiap destinasi.
 
Dengan situasi pandemik yang semakin pulih, keinginan melancong kekal berada di paras yang tinggi dengan Klook melihat peningkatan carian lebih dari 140% di platform, dari tahun ke tahun. Syarikat itu tidak hanya melipatgandakan perkhidmatan yang boleh ditempah, malah destinasi seperti Singapura, Korea Selatan, Australia dan Malaysia juga memaparkan pemulihan yang kukuh, dengan Klook berjaya mencapai peningkatan prestasi terbaik sebanyak 40% selain mengatasi pendapatan rentas sempadan sebelum Covid.
 
Klook telah menyaksikan lonjakan minat yang luar biasa sejak Jepun, Hong Kong dan Taiwan mengumumkan pembukaan semula pintu sempadan mereka kepada pelancong sekaligus memaparkan terdapat permintaan tinggi daripada pelancong untuk ke negara-negara ini. Sejak Jepun mengumumkan pembukaan pintu sempadan, syarikat itu telah menyaksikan peningkatan sepuluh kali ganda dalam carian untuk ke Jepun, dengan pelancong dari Taiwan, Hong Kong dan Singapura.
 
Tawaran Gembira untuk Pelancong
Klook bekerjasama dengan peniaganya untuk terus memberi pelbagai hadiah menarik dan tawaran pelancongan terbaik kepada pengguna. Bermula 29 September hingga 15 Oktober, pengguna boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti Klook Joy Roulette, 8pm Flash Deals, Daily Destination Deals dan banyak lagi. Klook juga kembali menawarkan aktiviti menyeronokkan dan tawaran luar talian khas membantu pengguna menemui semula keseronokan dan kegembiraan untuk melancong. Dalam tempoh ini, setiap hari Khamis hingga Sabtu jam 6 petang hingga 11 malam, rakyat Malaysia boleh terus mengunjungi reruai Klook di Resort World Genting's Starlight Festival bagi mendapatkan potongan tawaran destinasi eksklusif sehingga 15%, Tawaran Flash juga berlangsung pada setiap hari tepat jam 8 malam dengan peluang potongan 50% untuk semua taman tema dan juga peluang bagi memenangi baucar tunai sehingga RM888!
 
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran perjalanan ulang tahun ke-8 Klook, sila layari https://www.klook.com/blog/exciting-things-klooks-8th-birthday 

Dikeluarkan oleh Hexa-Communications
Bagi Pihak Klook Malaysia 

Sumber: Hexa-Communications

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Cherry Lui
Tel: +6017 622 3906
Emel: cherry.lui@hexa-comms.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.