ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  SANDBOX MEMBAWA PENYERTAAN TOUCANBOX, PERKHIDMATAN LANGGANAN KANAK-KANAK YANG BERPANGKALAN DI UNITED KINGDOM, UNTUK MEMPERKUKUHKAN JULAT PEMBELAJARAN PRAKTIKAL MEREKA

Thursday 06/10/2022



Table
 
Virginie Charles-Dear, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi toucanBox, perkhidmatan langganan kanak-kanak yang berpangkalan di United Kingdom, yang pada masa ini merupakan sebahagian daripada portfolio Sandbox & Co. yang berkembang pesat (Foto: Business Wire)


Pemerolehan Baharu Melihat Pembentukan sebuah Bahagian Baharu, ‘Sandbox Experiences’, Diketuai oleh Guilherme Martins, seorang rakan Sandbox & pengasas bagi Leiturinha

LONDON, England & POÇOS DE CALDAS, Brazil, 6 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sandbox & Co, sebuah kumpulan yang berpangkalan di London yang mengendalikan sebuah rangkaian perniagaan pembelajaran, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh perkhidmatan langganan kanak-kanak yang berpangkalan di United Kingdom yang telah memenangi anugerah, toucanBox, yang akan berada di dalam bahagian terbaharu mereka, Sandbox Experiences.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20221005005015/en/

Diilhamkan oleh pembelajaran Montessori dan memperjuangkan STEAM (sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik), toucanBox yang baharu diperolehi itu menyediakan peluang-peluang pendidikan yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang berumur 3 hingga 8 tahun. Melalui kotak-kotak tersuai yang disiarkan melalui peti surat, di atas asas langganan atau belinya sekarang, ia menyampaikan bahan dan aktiviti kraf yang membantu mengembangkan kemahiran utama kanak-kanak dan menyokong perkembangan kognitif dan bahasa, kemahiran motor halus dan kesejahteraan mental mereka.

‘Kami telah menjadi peminat utama bagi toucanBox dan merasakan ia adalah satu pelengkap yang sempurna kepada rangkaian alat pendidikan praktikal kami yang sedia ada.’ kata Bhav Singh, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Sandbox. ‘Pembelajaran yang menyeronokkan yang penuh kreativiti adalah teras kepada apa yang kami lakukan dan saya tidak sabar untuk mula bekerjasama dalam pengalaman baharu yang akan membuatkan pengguna kami gembira dan terhibur.’

toucanBox akan menyertai bahagian baharu syarikat itu, Sandbox Experiences, yang pada masa ini termasuk kelab buku kanak-kanak Brazil, Leiturinha. Berdasarkan kepakaran beliau di dalam mengembangkan Leiturinha menjadi perkhidmatan langganan buku kanak-kanak yang terbesar di Brazil, peneraju Sandbox Experiences, Guilherme Martins, akan memberi tumpuan kepada melancarkan produk baharu merentasi pasaran baharu, termasuk di Amerika Syarikat dan Eropah.

‘Matlamat kami adalah untuk menyampaikan peluang-peluang pembelajaran yang menyeronokkan bagi kanak-kanak berumur 0-12 tahun di seluruh dunia’, kata Guilherme Martins, presiden di Sandbox Experiences. ‘toucanBox adalah sambungan yang sempurna kepada penawaran kami yang sedia ada dan saya berharap dapat bekerjasama dengan pasukan itu di dalam menyampaikan peluang-peluang pendidikan yang lebih menarik untuk membantu meningkatkan pembelajaran di seluruh dunia.’

‘toucanBox adalah mengenai pembelajaran melalui aktiviti menggunakan tangan yang menyeronokkan dan kami teruja untuk bergabung tenaga dengan Sandbox untuk mempercepatkan pertumbuhan kami dan meneruskan misi kami bagi melancarkan kreativiti kanak-kanak’, kata Virginie Charles-Dear, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi toucanBox. ‘Kami tidak sabar untuk mengembangkan rangkaian produk kami lebih jauh dan menjangkau lebih banyak keluarga di Eropah dan di seluruh dunia.’

Sandbox telah menyaksikan pertumbuhan pesat sejak 5 tahun yang lalu, dan portfolio semasa mereka kini terdiri daripada 18 jenama dengan audiens bulanan paling tinggi seramai 65 juta + kanak-kanak, keluarga dan guru. Ciri-ciri mereka yang memenangi anugerah termasuk Code Kingdoms, kursus pengekodan dalam talian untuk kanak-kanak, Hopster, platform pembelajaran prasekolah dan syarikat Sepanyol Edujoy dan Tellmewow. Syarikat itu telah akuisitif dan terus memberikan tumpuan kepada strategi beli dan bina mereka.

Untuk logo dan imej klik DI SINI

Maklumat mengenai Sandbox & Co – https://sandboxandco.com

Sandbox & Co ialah sebuah kumpulan yang berpangkalan di London yang mengendalikan sebuah rangkaian perniagaan pembelajaran yang menyediakan sebuah ekosistem produk didik hibur yang tiada tandingan yang menjangkau ke lebih 65 juta kanak-kanak, ibu bapa dan guru mereka.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20221005005015/en/

Hubungi

Agnes Lesti
Pengurus Komunikasi dan Perkongsian
a.lesti@sandboxkids.io

Sumber : Sandbox & Co

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.