ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  160 PELAJAR DIPLOMA KERAJAAN LULUS DENGAN JAMINAN KERJA MODEL PENDIDIKAN BERFOKUS INDUSTRI DI KOLEJ TTC

Thursday 06/10/2022




Table

Tech Terrain College (TTC) meraikan majlis graduasi mereka yang ke-11



KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Tech Terrain College (TTC) meraikan majlis graduasi mereka yang ke-11, dengan lebih 160 pelajar Malaysia mendapat Diploma TVET dan MQA.
 
Graduan ini menyertai TTC terus selepas SPM dan kini meraikan kejayaan mereka dengan penempatan pekerjaan yang terjamin dalam bidang permintaan tinggi Logistik, Kejuruteraan Ketepatan dan Pengurusan Runcit.
 
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini menunjukkan 72.1% pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tidak mahu melanjutkan pelajaran. Salah satu daripada tiga sebab utama yang diberikan ialah pelajar ini percaya bahawa menyambung pelajaran mereka tidak akan menjamin pekerjaan dan masa depan yang lebih baik.
 
Model pendidikan TTC mencabar tanggapan salah ini. Kolej Bertauliah Kerajaan 5 Bintang ini menjalankan program Diploma dalam bidang khusus permintaan tinggi Logistik, Kejuruteraan Ketepatan dan Pengurusan Runcit. TTC juga mempunyai lebih 250 rakan kongsi industri yang terlibat dengan proses pendidikan pelajar. Ini membolehkan TTC menjamin pekerjaan kepada graduan mereka.
 
Diploma berfokus konsep praktikal kami memberi tumpuan kepada keperluan industri yang memastikan graduan kami relevan dan mempunyai kemahiran yang tepat. Faktor ini telah memastikan 97% daripada graduan kami yang bergraduasi sudah pun bekerja dalam jawatan bergaji tinggikata Encik Ratnam, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TTC.
 
Ditubuhkan pada 2003, misi TTC adalah untuk memberi akses kepada rakyat Malaysia untuk berjaya di dalam pendidikan tinggi. Kolej TTC juga turut berkolaborasi bersama Yayasan Hong Leong, PTPTN dan PTPK turut menyediakan biasiswa penuh dan pinjaman pendidikan kepada pelajar.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga turut menyokong pendidikan berasaskan TVET. Beliau berkata pada awal tahun ini "Buktinya ialah kadar kebolehpasaran graduan TVET pada 2020 adalah 87%, lebih tinggi daripada kadar kebolehpasaran graduan akademik di peringkat kebangsaan, iaitu 84.4% ”.
 
“Sudah tiba masanya untuk TVET menjadi pilihan utama belia dalam mempersiapkan diri untuk masa hadapan kerana TVET telah terbukti mampu melahirkan individu yang berkemahiran, terlatih dan berjiwa keusahawanan,” tambahnya.
 
“Kami berbangga dengan graduan kami yang bergraduat pada Maljis Graduasi ke-11 ini dan juga 5000 alumni kami yang kini bekerja dengan jayanya di industri. Kami juga berharap untuk melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia berpandukan model pendidikan kami yang telah terbukti berkesan. “kata Puan Rajeswari, Pengasas dan Pengarah Fakulti di TTC.

SUMBER: PubliCT.io 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Sasha
Tel: 016-3141600
https://www.ttc.edu.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.