Januari 25, 2026 -Ahad

 
 
 

Rabu 04/09/2013

BENGKEL “PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DARI LENSA ISLAM”

Pusat Perundingan dan Latihan (PPLI), Institut Kefahaman Islam Malaysia akan menganjurkan bengkel “Pengurusan Sumber Manusia dari Lensa Islam” pada 5 - 6 September 2013, di Dewan Besar IKIM.


Hari/Tarikh : Khamis-Jumaat 5-6 September 2013

Tempat : Dewan Besar IKIM


PROGRAM

Khamis 5 September 2013

8.45 pg. : Modul 1
“Kerangka Pandangan Alam Islam Dalam Pengurusan Sumber Manusia”

: Pembentang : YBhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan
(Ketua Pengarah IKIM)

11.15 pg. : Modul 2
“Pengurusan Sumber Manusia: Prinsip & Norma”

: Pembentang : Prof. Dr. Raduan Che Rose
(Jabatan Pengurusan & Pemasaran, Fakkulti Ekonomi dan
Pengurusan, UPM)

2.30 ptg. : Modul 3
Perkongsian Pengalaman ”Fikrah & Budaya Islami dalam Organisasi”

Ahli Panel:
1. YBhg. Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Ahli Lembaga Pengarah IKIM)
2. En. Yuremi Md. Nor (Al-Ikhsan Sport S/B)
3. En. Ahmad Fauzi Yahya (Nestle Professional)


Jumaat 6 September 2013

8.30 pg. : Modul 4
“Perhubungan Perindustrian: Isu-isu Kritikal Keharmonian Perhubungan”

: Pembentang : Tuan Haji Shamsuddin Bardan
(Malaysian Employers Federation [MEF])

11.00 pg. : Modul 5
“Latihan & Pembangunan Profesionalisme Sebagai Medan Dakwah”

Pemudahcara : En. Mohd Noor Omar
(Fellow, Pusat Perundingan & Latihan IKIM)


Objektif program ini adalah untuk:

• Menjelaskan dasar dan prinsip pengurusan sumber manusia;

• Melihat amalan terbaik (best practice) untuk menilai dan mengetahui cara untuk menerapkan model pengurusan sumber manusia; dan

• Menggariskan aspek sinergi pembangunan dan perhubungan pengurusan sumber manusia dan perhubungan perindustrian (di antara majikan-pekerja dan antara syarikat-industri)


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan program tersebut.


SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat
TEL : 03-6204 6329/ 326/ 331


-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.