Januari 25, 2026 -Ahad

 
 
 

Khamis 12/09/2013

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2012 DAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-10 MyIPO

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ingin menjemput pihak media menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 MyIPO pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 13 September 2013

Masa : 8:00 malam

Tempat : Hotel Majestic, Kuala Lumpur
5 Jalan Sultan Hishamuddin, 50000 Kuala Lumpur


PROGRAM

7.45 malam : Ketibaan Para Jemputan

8.00 malam : Ketibaan Jemputan Khas dan Media

8.15 malam : Ketibaan YB Dato’ Hasan bin Malek
Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan

: Persembahan Koir MyIPO
: Bacaan Doa

: Ucapan Alu-aluan YBhg. Dato’ Azizan bin Mohamad Sidin
Ketua Pengarah
Perbadanan Harta Intelek Malaysia

: Ucapan YB Dato’ Hasan bin Malek
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

: Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012

: Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Lama

: Pelancaran Pelan Strategik ICT MyIPO
2013 – 2017 (Persembahan multimedia)

: Jamuan makan

: Bersurai

*Pakaian: Baju Batik


Program ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Hasan Bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Objektif utama majlis ini adalah bagi menghargai sumbangan semua warga kerja MyIPO yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan telah mencapai tahap prestasi yang tinggi pada tahun 2012. Selain itu, majlis juga ingin menyambut ulang tahun ke-10 MyIPO yang telah diperbadankan sejak Mac 2003.

Sehubungan dengan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan tersebut.

SUMBER: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: NUR SOLEHA BT. MD. YUSHOF
Pegawai Perhubungan Awam
Tel : +603 2299 8954
Faks: +603 2299 8484
Emel: soleha@myipo.gov.my
Laman Web: www.myipo.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.