|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 12/09/2013
PROMOSI KRAF MALAYSIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DI PUSAT BELI BELAH MESRA MALL
Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli Belah Mesra Mall, Kemaman, Terengganu pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : 25 hingga 30 September 2013 (6 hari)
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Centre Court, North dan South Wing, Mesra Mall, Kemaman, Terengganu
Untuk makluman, Promosi Kraf Malaysia ini merupakan acara tahunan yang melibatkan penyertaan seramai 22 orang usahawan kraf tempatan dalam bidang kraf tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf.
Sebarang pertanyaan mengenai Promosi Kraf Malaysia di Pusat Membeli Belah Mesra Mall, Kemaman, Terengganu sila hubungi talian 09-6171 033.
Sehubungan itu, anda dijemput menghantar wartawan dan jurugambar/ jurukamera untuk hadir dan membuat liputan promosi tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-2161 3793
Faks : 03-2161 3773
www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|