Januari 25, 2026 -Ahad

 
 
 

Jumaat 13/09/2013

LIPUTAN MEDIA LAWATAN KERJA PENGERUSI KRAFTANGAN MALAYSIA BERSAMA USAHAWAN KRAF TERENGGANU

Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu akan mengadakan perjumpaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia bersama usahawan-usahawan kraf Negeri Terengganu pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : Selasa 17 September 2013

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu
Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering
Peti Surat 69, 20700 Kuala Terengganu

Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan tentang insentif serta kemudahan yang diberikan kepada usahawan dalam usaha membangun serta menggerakkan industri kraf. Di Negeri Terengganu, terdapat seramai 770 usahawan yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia, daripada jumlah tersebut 611 adalah dari bidang bidang kraf tekstil, 107 hasil rimba, 3 hasil tanah, 37 logam dan 12 aneka kraf.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan perjumpaan tersebut.


SUMBER : Kraftangan Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03 - 2161 3793 / 03 - 2162 7533

Kraf Tangan Malaysia Cawangan Kelantan
Tel : 09 – 712 6266


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.