Januari 25, 2026 -Ahad

 
 
 

Sabtu 14/09/2013

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad: Mesyuarat Luar Biasa

Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput untuk menugaskan pemberita dan jurugambar untuk membuat liputan berita Mesyuarat Luar Biasa Kumpulan Perangsang Selangor Berhad untuk cadangan penjualan 254,562,576 syer biasa berharga RM1.00 setiap satu atau 56.57% kepentingan ekuiti di dalam Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (“KHSB”) kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”) dengan pertimbangan tunai berjumlah RM212,814,313.54 atau 0.836 sen bagi setiap jualan syer.

Majlis akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 18 September 2013
Masa : 10:00 pagi – 1:00 tengah hari
Tempat : Dewan Kayangan, Hotel Quality Shah Alam

SUMBER: Kumpulan Perangsang Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Amin Lin Abdullah
TEL : 016-322 8686

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.