Januari 25, 2026 -Ahad

 
 
 

Selasa 17/09/2013

JEMPUTAN LIPUTAN SIDANG MEDIA PELANCARAN KEMPEN 'SAHABAT ZAKAT'

Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ - MAIWP) akan melancarkan program SAHABAT ZAKAT dan sidang media pelancaran pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 21 September 2013 / 15 Zulkaedah 1434H

Masa : 3.00 petang - 4.30 petang

Tempat : Jalan TAR (Seberang jalan bangunan Semua House)

Pelancaran Kempen SAHABAT ZAKAT ini bertujuan menambahkan lebih ramai pembayar juga prospek zakat dari pelbagai peringkat umur dengan pelbagai kelebihan sebagai sahabat zakat yang akan berlangsung selama 1 bulan bermula dari 16 September 2013 sehingga 16 Oktober 2013.

Turut serta dalam pelancaran kempen ini adalah Tuan Hj Azrin Haji Abdul Manan, Pengurus Besar Kanan Khidmat Pengurusan dan penampilan istimewa Heliza Helmi, Sham Kamikaze bagi slot Bicara Santai dan Man Raja Lawak bagi Kempen umum SAHABAT ZAKAT di Jalan TAR.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program ini.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ - MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Nur Haliza Abd Rahman
Mobil: 012-500 3547

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.