|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 18/09/2013
KRAFTANGAN MALAYSIA : PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan mengadakan Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 27 September – 6 Oktober 2013
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman ini menonjolkan rekaan dan produk-produk baru berkonsepkan pameran, jualan dan pendidikan yang menampilkan kepelbagaian produk kraf berasaskan alam semula jadi, iaitu dalam bidang kraf tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf.
Aktiviti-aktiviti tarikan utama sempena Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman merangkumi:
: Jualan Produk Kraf oleh 250 usahawan - Hadiah & Cenderamata, Hiasan & Kelengkapan Rumah & Pejabat, Hiasan Seni Taman dan Laman, Hiasan Senibina Dalaman & Luaran Bangunan serta Busana & Perhiasan Diri.
: Pameran Produk Baru - Berkonsepkan gabungan unsur taman moden dan urban / taman dalam bangunan.
: Demonstrasi Kraf & Masakan- Berkonsepkan demonstrasi pembuatan produk-produk kraf tempatan seperti pertukangan parang, senjata, cincin dan barang kemas. Turut diadakan Demonstrasi Masakan Kuih Tradisional.
: Interaktif Kraf - Mewarna Tempurung & Origami Mengkuang.
: Pertandingan - Laman & Taman, Masakan Inspirasi Alam, Congkak dan banyak lagi.
Sehubungan itu, pihak media dijemput untuk membantu menghebahkan Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman kepada orang ramai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman di talian 03-2162 7459.
Manakala pihak media pula boleh menghubungi Urus Setia Media Kraftangan Malaysia di talian 03-2161 3793 untuk maklumat lanjut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kompleks Kraf Kuala Lumpur
TEL : 03-2161 3793
FAKS : 03-2161 3773
LAMAN WEB : www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|