|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 19/09/2013
IKIM: SEMINAR "PEMERKASAAN PENGAJARAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA : MENILAI CABARAN SEMASA GURU PENDIDIKAN ISLAM"
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan seminar ”Pemerkasaan Pengajaran Agama Islam di Malaysia: Menilai Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam” pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa – Rabu 24-25 September 2013
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur
YBhg. Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia akan menyampaikan ucapan alu-aluan pada 24 September 2013, jam 9.15 pagi. Manakala YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Pengerusi IKIM akan merasmikan seminar pada 24 September 2013 (Selasa), jam 9.30 pagi.
Objektif:
- Menilai keberkesanan pengajaran pendidikan Islam di sekolah-sekolah;
- Mengenal pasti cabaran semasa guru-guiru pendidikan Islam; dan
- Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru pendidikan Islam.
12 Kertas kerja yang akan dibentangkan iaitu:
24 September 2013 (Selasa)
SESI 1 : “DASAR DAN PENDEKATAN PENDIDIKAN NEGARA: KEDUDUKAN
PENDIDIKAN ISLAM“
Moderator : YBhg. Prof. Dr. Omar bin Abdul Kareem
Timbalan Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Kertas 1
10.30 pg : Kedudukan Pendidikan Islam Dalam Kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025)
YBhg. Dato‘ Dr. Amin Senin
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, KPM.
Kertas 2
11.00 pg : Pendidikan Sebagai Usaha Membina Insan Beradab Dalam Islam
YBhg. Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud
Director, Center For Advanced Studies on Islam, Science & Civilisation (CASIS),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Kertas 3
11.30 pg : Falsafah Dan Hala Tuju Pendidikan Islam
YBhg. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran
Felo Kanan, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM
SESI 2 : “CABARAN GURU PENDIDIKAN ISLAM“
Moderator: YBhg. Tuan Hj. Osman bin Hussain
Pengarah IPG, Kampus Pendidikan Bangi
Kertas 4
2.30 ptg : Bebanan Tugas Menghakis Dinamika Pengajaran Guru: Mencari Jalan Keluar
YBhg. Dr. Aziz Mahyuddin
IPIS, Pensyarah IPG, Kampus Pendidikan Islam Bangi
Kertas 5
3.00 ptg : Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Inovasi Pengajaran : Cabaran Pasca-Moden
YBhg. Prof. Madya Dr. Maimun Aqsha Lubis
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kertas 6
3.30 ptg : Cabaran Mendidik Generasi Digital: Lebih Mudah Atau Lebih Sukar?
Encik Zamri Abdul Rahim
Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia
25 September 2013 (Rabu)
SESI 3 : “MEMBINA KEFAHAMAN GURU YANG DINAMIK“
Moderator: Pn. Hjh. Nor Hayati L. Isa
Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kertas 7
9.00 pg : Kerangka Akal Dan Naqal Dalam Pendidikan Semasa
YBhg. Dr. Mohd Zaidi Ismail
Pengarah, Pusat Kajian Sains Dan Alam Sekitar, IKIM
Kertas 9
10.00 pg : Menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Higher Order Thinking Skills-HOTS): Ke
Arah Memantapkan Teknik Berfikir Yang Kreatif dan Rasional
Puan Norazza Ibrahim
Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Kementerian
Pendidikan Malaysia
SESI 4 : SESI 4:“MEMPERKASA KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Moderator : Tuan Haji Abdullah Md. Din
Pengarah, Bahagian Pendidkan Islam, Kementerian
Pendidikan Malaysia
Kertas 10
11.15 pg : Ke Arah Pengajaran & Pembelajaran Berasaskan Pelajar: Di mana Peranan Guru
YBhg. Dr. Kamarul Azmi Jasmi
Pensyarah, Fakulti Tamadun Islam, UTM
Kertas 11
11.45 pg : Keperluan Memahami Psikologi Pelajar Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam
YBhg. Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Kertas 12
12.15 tgh.: Pembelajaran Aktif Dalam Pengajaran & Pembelajaran Berkesan Pendidikan Islam
YBhg. Prof. Madya Dato‘ Dr. Halim Tamuri, Rektor, Kolej Universiti Pendidikan Islam Selangor (KUIS)
SESI 5
2.30 ptg : FORUM: “MEMPERKUKUH SAKHSIAH GURU:PERANAN GURU SEBAGAI
DA’I“
Moderator : YBhg. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad
Felo Kanan/Pengarah, Pusat Kajian Syariah,
Undang-Undang dan Politik, IKIM
Ahli Panel:
YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan
Presiden, Majlis Permuafakatan PIBG Kebangsaan
YBhg. Ustaz Shamsudin Mohd Noor
Bekas Guru Cemerlang Pendidikan Islam
YBhg. Ustazah Salina Bushrowi
Guru Cemerlang Sek. Menengah Taman Dato‘ Harun, PJ
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis ini.
Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
TEL : 03-6204 6329/ 6331/ 012-309 4427
NAMA : Puan Suzanahwati binti Sanil, Penolong Pegawai Perhubungan Awam
TEL : 03-6204 6326/ 013-228 8992
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|