|
|
|
|
 |
| |
|
|
Ahad 22/09/2013
MAJLIS PELANCARAN PERDANA MINGGU INTEGRITI INSTITUT PENDIDIKAN GURU 2013 “AMALAN INTEGRITI PENDIDIK BERKUALITI”
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan mengadakan Majlis Pelancaran Perdana Minggu Integriti Institut Pendidikan Guru 2013 seperti berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 23 September 2013
Masa : 9.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Baharu,
IPG Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur
PROGRAM
9.30 pagi : Ketibaan Tetamu
10.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Nyanyian Lagu Setulus Rasa
: Bacaan Doa
: Ucapan Datuk Dr Mohd Tap Salleh
- Presiden IIM
: Ucapan Perasmian Pelancaran Minggu Integriti
Oleh:
Tuan Sulaiman bin Wak
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
: Gimik Pelancaran Minggu Integriti IPG 2013
: Bicara Integriti
12.00 tengah hari : Sidang akhbar
: Bersurai
Program ini diadakan sempena Minggu Integriti Institut Pendidikan Guru 2013 di 27 Institut Pendidikan Guru bermula 23 September hingga 26 September 2013.
Objektif Minggu Integriti IPG ini adalah untuk meningkatkan kefahaman warga pendidik mengenai integriti dan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan meningkatkan komitmen warga pendidik dalam mengukuhkan integriti masyarakat.
Majlis ini akan dihadiri oleh Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Rektor IPGM Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Sulaiman bin Wak yang akan merasmikan Majlis Pelancaran Perdana Minggu Integriti IPG 2013.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan majlis ini.
SUMBER: Institut Integriti Malaysia (IIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Rajesh Krishnan
Unit Korporat & Penyelarasan
Tel: 03-62092015 / 019-3830061
Faks: 03-62092017
Emel: rajesh@iim.org.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|