Januari 25, 2026 -Ahad

 
 
 

Rabu 25/09/2013

JEMPUTAN KE PROGRAM WALK FOR HEALTH 2013

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (MPIC) akan mengadakan program Walk For Health 2013 (WFH2013) iaitu acara berjalan kaki sejauh 5 kilometer yang diadakan bertujuan untuk mempromosikan Malaysia International Commodity Conference & Showcase 2013 (MICCOS 2013).

WFH 2013 akan dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 28 September 2013

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Laman Tiba 1, Taman Ekspo Pertanian
Malaysia Serdang (MAEPS)

PROGRAM

7.00 pagi : Ketibaan Peserta & Pendaftaran Peserta
7.30 pagi : Ketibaan Tetamu-Tetamu Jemputan
: Ketibaan YBhg. Datin Paduka Nurmala Abd. Rahim
Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

7.40 pagi : Ketibaan YB Dato’ Noriah Kasnon
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

7.50 pagi : Ketibaan YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

8.00 pagi : Acara Senamrobik

Majlis Perasmian dan Pelepasan Peserta Berjalan Kaki ‘Walk For Health’ 2013 oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri MPIC

9.30 pagi : Acara Berjalan Kaki Walk For Health 2013 tamat

: Persembahan Pentas

: Majlis Penyampaian Hadiah

10.30 pagi : Pelepasan Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi untuk Program Promosi MICCOS BiketoberfesT 2013 di Zon Utara
: Melawat Pameran

: Persembahan Pentas

11.00 pagi : Jamuan Makan VIP

12.00 tengahari : Majlis Tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Nama : Puan Salmah Ramli
Mobil: 013-255 7548

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.