Januari 25, 2026 -Ahad

 
 
 

Rabu 25/09/2013

MAJLIS PERASMIAN MALAM KONVOKESYEN CERTIFICATION OF UNDERGROUND UTILITY DETECTION AND MAPPING OLEH YB. DATO DR. JAMES DAWOS MAMIT, TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

YB. Dato Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar akan menyempurnakan Majlis Perasmian Malam Konvokesyen Certification of Underground Utility Detection and Mapping yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 26 September 2013

Masa : 8.00 malam

Tempat : Ballroom 3, Hotel Istana, Kuala Lumpur

PEJUTA, LJT dengan kerjasama JUPEM akan mengadakan Malam Konvokesyen bagi Juruukur Tanah Berlesen yang telah berjaya di dalam kursus Certification of Underground Utility Detection and Mapping. Kursus seumpama ini adalah yang terulung didunia dan belum pernah diadakan di mana-mana negara lagi. Penganjuran Kursus CUUDM kepada Juruukur Tanah Berlesen ini bertujuan untuk membolehkan mereka diiktiraf sebagai professional yang kompeten bagi menjalankan kerja-kerja pengesanan dan pemetaan utiliti bawah tanah di negara ini dengan lebih sistematik mengikut “Standard Operation Procedure” yang sepatutnya.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera untuk membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Norizan bt Karim
Tel : 012-5757761

Nama : Cik Nor Fadliah bt Ibrahim
Tel : 017-2910711

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.