Januari 25, 2026 -Ahad

 
 
 

Khamis 26/09/2013

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MINI KARNIVAL IMARAH MASJID ANJURAN BERSAMA PPZ-MAIWP, KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA & RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan melancarkan program Mini Karnival Imarah Masjid anjuran bersama PPZ-MAIWP, Kor Agama Angkatan Tentera dan Ramly Food Processing Sdn Bhd pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 10 Oktober 2013

Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Masjid Khalid Bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak, 54100 kuala lumpur (berhampiran MINDEF)


Objektif mini karnival ini diadakan adalah sebagai medium bagi menyampaikan info dan menyuntik kesedaran di kalangan anggota ATM berkenaan kewajipan dan fungsi zakat sekaligus mendidik masyarakat tentang kepentingan ilmu serta kesedaran mengimarah institusi masjid melalui pelbagai aktiviti /program yang disediakan. Turut hadir adalah Dato Che' Mat Che' Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP serta dimeriahkan dengan pendakwah dan selebriti tempatan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan karnival ini.


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd Rahman
Pegawai Kanan Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Mobil : +60 (0)12 500 3547
Tel : +60 (0)3 9289 5757
Faks : +60 (0)3 9289 5759
Laman Web : www.zakat.com.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.