Januari 25, 2026 -Ahad

 
 
 

Khamis 26/09/2013

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL MAHABBAH IKIMFM MELAKA 2013

Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIMfm dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Karnival Mahabbah IKIMfm Melaka 2013 pada 27-29 September 2013 di Dataran Pusat Islam, Melaka.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 27 September 2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dataran Pusat Islam, Melaka

Objektif penganjuran Karnival Mahabbah:

- Sebagai salah satu usaha mendekatkan para pendengar dengan IKIMfm melalui program-program berbentuk dakwah dan kerohanian.
- Memberi peluang kepada masyarakat umum memperolehi maklumat terkini peranan agensi-agensi kerajaan berkaitan kesedaran sosial, pencegahan jenayah serta produk-produk dan peluang bisnes melalui kaunter-kaunter pameran.
- Memberi peluang kepada industri dan usahawan-usahawan mempromosi dan memasarkan produk secara terus kepada pelanggan.
- Menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada usahawan dan seterusnya melebarkan jaringan bisnes masing-masing.

Pelbagai aktiviti telah diatur seperti Konsert Mahabbah IKIMfm, Maulid@IKIMfm, Dari Konti ke Pentas “Topik Jumaat, Pertandingan Mewarna bersama Upin & Ipin, Forum Bicara Ad-Deen, Dari Konti ke Pentas “Remaja@IKIMfm”, Pertandingan Pakaian Beragama, D’Dapur – Demo Masakan dan 80 gerai pameran dan jualan.

Antara artis yang akan memeriahkan karnival kali ini adalah Mawi, Ana Raffali, Kumpulan Far East, Syura dan Hafiz Hamidun.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan bengkel ini.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Sapuah bt. Hj. Nawawi
Tel : 03-6204 6329/ 331/ 012-309 4427

Nama : Puan Suzanahwati Sanil
Tel : 013-228 8992

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.