|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 27/09/2013
JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA PROMOSI KRAF MALAYSIA DI 1BORNEO HYPERMALL
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sedang mengadakan Promosi Kraf Malaysia di Pusat Beli-belah 1Borneo Hypermall, bermula dari 26 September - 6 Oktober 2013.
Promosi Kraf ini mengetengahkan kepelbagaian penggunaan produk kraf tempatan dalam kehidupan seharian dengan menampilkan aktiviti menarik seperti jualan produk kraf (58 usahawan kraf dalam pelbagai bidang), pendidikan kraf (bercorak pendidikan ‘Do It Yourself’), demonstrasi kraf (Ukiran Lepa-Lepa & anyaman) dan persembahan kesenian.
Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media mengenai promosi ini akan diadakan pada tarikh seperti berikut:-
Tarikh : Isnin 30 September 2013
Masa : 2.30 petang
Tempat : Ground Floor, Centre Atrium
1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Bersama : Yang Berusaha Encik Mohd Latif Dirun
Pengarah, Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan sidang media ini.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
Kraf tangan Malaysia Cawangan Sabah
Nama : Karen
Mobile : 014-676 1182
Tel : 088-433 461
Laman Web : www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|