|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 27/09/2013
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PROGRAM PERJUMPAAN KRAFTANGAN MALAYSIA BERSAMA USAHAWAN KRAF NEGERI KELANTAN
Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan akan mengadakan perjumpaan bersama usahawan-usahawan kraf Negeri Kelantan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : Ahad 29 September 2013
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan
KM 10, Jalan Kuala Krai
16010 Kota Bharu, Kelantan
Untuk makluman, perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan tentang insentif serta kemudahan yang diberikan kepada usahawan dalam usaha membangun serta menggerakkan industri kraf. Di Negeri Kelantan, terdapat seramai 806 usahawan yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia, daripada jumlah tersebut 339 adalah dari bidang kraf tekstil, 298 hasil rimba, 17 hasil tanah, 118 logam dan 34 aneka kraf.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan sempena perjumpaan Kraftangan Malaysia bersama usahawan-usahawan kraf Negeri Kelantan ini.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan
Tel : 09-712 6266
Laman Web : www.kraftangan.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|