Januari 25, 2026 -Ahad

 
 
 

Jumaat 27/09/2013

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN

Kraftangan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman yang akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : Isnin 30 September 2013

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

*Muat turun & cetak slip pakir percuma untuk petugas media di
http://www.sendspace.com/file/4n8ro7

Untuk makluman Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman ini menonjolkan rekaan dan produk-produk baru berkonsepkan pameran, jualan dan pendidikan yang menampilkan kepelbagaian produk kraf berasaskan alam semula jadi, iaitu dalam bidang kraf tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan Majlis Perasmian Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman ini.


SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793 / 03-2162 7533
Laman Web : www.kraftangan.gov.my


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.